Hello everybody!
Bermula dari 2 September sampai 4 September yang lepas, SCLC telah mengadakan program Team Building untuk saf kepimpinan SCLC yang ke 8, maka bercampurlah exco-exco yang baru dan yang lama.
Ada gaya penulisan karangan Bahasa Melayu tak? Woha!
Sebenarnya Team Building ni adalah aktiviti wajib setiap penggal baru bagi menghubungkan silaturahim antara exco baru dan lama yang sekian lama terpisah. Sekian lama terpisah? Acah-acah balik kampung beraya lah konon?
Okay, merepek. Ada baiknya mari kita teruskan dengan laporan Team Building tadi.
Kali ini, seperti tahun sebelumnya kami cuti-cuti team building di Pulau Pangkor, Perak. Banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik dan modul yang awesome diadakan untuk membina ukhwah antara kami serta menyediakan diri masing-masing, exco baru terutamanya, untuk memikul jawatan yang diberikan pada penggal ini.
Objektif
utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan ukhwah di antara ahli-ahli jawatankuasa SCLC yang baru
dilantik sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu sebagai persediaan SCLC
dalam menganjurkan program pada masa akan datang.
Selain itu, program ini membolehkan ahli-ahli SCLC menghayati tiga tunjang utama SCLC iaitu kesukarelawanan, pengajaran undang-undang serta keusahawanan social dengan lebih mendalam.
Program
3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti variasi modul
latihan dalam kumpulan, survival mission
dan barbeku. Seramai 40 orang peserta dan seorang pensyarah pengiring, Encik
Ismail Badiuzzaman telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.
Modul-modul dirancang oleh barisan alumni SCLC sendiri yang telah bertindak
sebagai fasilitator-fasilitator program.
Ya, ya. Saya tahu anda bosan melihat tulisan sahaja. Nah gambar.
 |
Sir Mail yang segak bergaya! hoyeah! |
 |
Kami sedang menunggu feri :D |
 |
Perjalanan ke tempat menginap. Comel kan naik van pink? hewhew. |
Okay, selepas dah sampai, simpan barang di bilik masing-masing, solat dan sebagainya, bermula lah modul pertama kami. Waktu ini adalah sesi perkenalan. Semua benda nak tahu. Nama, tempat tinggal, makanan kegemaran, minuman kegemaran, perkara pahit manis dalam hidup, masam, masin, payau semualah!