09 October 2011

Pin It

Widgets

Ceria Bersama SCLC. - ceria sungguh.

Salam,

Alhamdulillah, Program Ceria bersama SCLC seperti yang telah di siarkan  pada entry yang lalu telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 1 & 2 Oktober 2011 yang bertempat di Cempaka 2 dan Bukit Cerakah, Shah Alam..

Pada 1 Oktober sebagai pembukaan bagi program ini, para perserta bersama-sama dengan fasilitator dan AJK program berkumpul dan menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah beserta dengan solat hajat dan bacaan yasin. Dan majlis diteruskan dengan sedikit jamuan ringan.









Memang tak sah kalau tak bergambar kan. =D
Pada keesokan harinya, aktiviti diteruskan dengan berkumpul sebelum bergerak ke Bukit Cerakah. Para peserta seramai hampir 50 orang yang majoritinya terdiri daripada pelajar Part 1. Mereka semua terus di bahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada Penal Code, Federal Constitution, Child Act, SOGA, Will's Act,  Specific Relief Act, Criminal Procedural Code dan Contract Act.  Dengan menaiki 2 buah bas kami tiba di Bukit Cerakah pada jam 9 pagi.













Pelbagai aktiviti di adakan bagi sesi pagi, termasuklah sesi pembentangan bagi kumpulan, sesi untuk menyelesaikan masalah  yang di adakan menerusi lakonan, dan yang terakhir memberikan sebanyak mungkin pendedahan kepada para peserta mengenai suasana sebenar dalam Legal Teaching yang merupakan salah satu daripada cabang dan fungsi kepada penubuhannya SCLC. Para peserta di beri pendedahan bagaimana untuk mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan. Walaupun dalam masa yang diluangkan tidaklah begitu lama, tapi input yang diberikan oleh fasilitator sangatlah mampat dan semoga bermanfaat kepada peserta untuk digunakan di masa akan datang.










Seiras kan? 


Setelah berhenti rehat bagi makan tengah hari dan solat, aktiviti kemuncak adalah Explorace yang terdiri daripada 8 chek point.

Jadi, sebelum memulakan Explorace, badan mesti kasi panas dulu, senaman dan regangan mesti di jadi pembukaan! =D




Dan bermula lah pelbagai aktiviti yang mereka harus hadapi dalam setiap check-point.








Walaubagaimanapun, aktiviti explorace terpaksa dihentikan dengan lebih awal kerana faktor cuaca. Hujan turun dengan sangat lebat dan memang basah kuyup kami petang tuh. Tapi takpe, mungkin itu yang terbaik yang Dia susun buat kami semua. =)

Berteduh selepas kebasahan.

Cerianya masih ada. ^_^






Majlis penutup.
Kumpulan yang mendapat tempat pertama. Paling bestlah group ni! Tapi kumpulan-kumpulan lain pun tak kurang jugak  hebatnya. =D



Harapan kami selaku penganjur bagi program ini, semoga setiap peserta yang hadir dalam program ini akan dapat segala objektif yang cuba untuk kami sampaikan, iaitu yang paling utama untuk mereka kenal SCLC, dan menjadi penyambung kepada kelab iaitu dengan kata lainnya, menjadi keluarga SCLC yang akan bersama-sama membantu masyarakan dalam apa jua cara sekalipun. Dan juga semoga segala nilai-nilai dan pengalaman manis yang kami cuba berikan sepanjang program ini berlangsung dapat di sematkan dalam jiwa mereka semua. 

Tahniah di ucapkan buat Syahmi selaku pengarah bagi program ini serta seluruh AJK dan fasilitator yang menjayakan program ini. Sesungguhnya ini memang satu pengalaman yang sangat manis bagi kita semua dan pengalaman bersama peserta-peserta yang sentiasa bersemangat itu sangatlah tak terrnilai.

Akhir kata, semoga ukhuwah yang terjalin tidak akan berhenti di program ini sahaja.
Hidup SCLC, Hidup UiTM.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment