11 May 2011

Oooh Bulan.. Ku Ingin Berterus Terang...


Assalamualaikum abang adik kakak SCLC yang dikasihi...
berkuatkuasa 1 April 2011 [bukan april fool]
Saf kepimpinan SCLC 2010/2011 telah dibubarkan...
dan saf kepimpinan 2011/2012 telah dilantik.. penyerahan tugas telah berlangsung di Auditorium Cempaka Fakulti Undang2...

Saya, Nur Fatin Azli, Mantan Setiauasaha Agung SCLC sesi 2010/2011 dengan rendah diri memohon maaf di atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan saya selama menjalankan tanggungjawab saya selama setahun ini.

*********************************************************************
sejak semester pertama masuk BLS di UiTM Shah Alam saya dah menyertai SCLC.
setiap masa terisi dengan SCLC.. pusing sana Sclc, pusing sini sclc, x pusing2 pun sclc.
sclc da jadi sebahagian sgn hidup ni, makan tidur, study semuanya dengan sclc.

dengan kehadiran adik2 yang baru menyertai sclc, menambahkan lagi kekuatan sclc.. ukhuwah yang kita bina terlalu istimewa untuk ditinggalkan.. FAMILY...
kebanyakan exco bila ditanya satu perkataan melambangkan sclc, itulah jawapannya.. family!!
kenapa? kerana itulah yang istimewa dengan kita.... ikatan kekeluargaan yang hadir melahirkan KASIH SAYANG antara K.I.T.A [ingat tu!!]....

tidak dilupakan word paling istimewa.. SCLC memberi kita "EXPERIENCE" [sambil buat muka cam mekjah]...
penghargaan tak terhingga buat mantan Presiden, Muhammad Asmirul Asraf di atas segala sumbangan besat beliau dalam SCLC.. benar ia bukan usaha beliau seorang, tapi tanpa beliau saf kepimpinan terdahulu mungkin tidak sekuat ini... mungkin tidak mampu memberi khidmat sebaik ini kepada sclc.. membawa sclc ke tahap sekarang.

kalau kita lihat, SCLC sebuah kelab yang suka makan2... x kira la makan bayar ke... potluck ke... makan free ke [time program].. memang suka makan... bila 40 org dtg.. mkanan 100 org still boleh habes... haha.. bukan nak kata family sclc ni kuat makan.. tp memang suka makan... bukan makanan itu isunya... tp ikatan.. ukhwah apabila kita bersama... berkenalan antara satu sama lain, mendekati, memahami setiap ahli keluarga kita membuatkan kita kuat...

"kalau nak cari harta, disini bukan tempatnya, tapi kalau mencari ilmu dan pengalaman, SCLC lah tempatnya " Mantan Presiden SCLC, Asmirul.
Presiden baru, Saudara Muhammad Shah Nizam. ya dia seorang yang lain dari yang lain, caranya mungkin berbeza. Diharap saf kepimpinan baru dapat mengenali dia lebih dekat, memahami caranya dan sokonglah dia dengan penuh keikhlasan. Adinda ku sorang itu tidak kuat tanpa kalian di belakangnya. malah apa2 organisasi pun tidak akan kuat tanpa sokongan.