20 April 2012

Pin It

Widgets

Here, Our Journey Begins -3 Hari Bersama SCLC

Salam,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 23-25 satu kem untuk me-recruit ahli-ahli baru bagi Student Community telah selamat di jalan. *Refer post sebelum ini untuk maklumat program.

Kem ini telah disertai oleh 18 orang pelajar fakulti undang-undang yang terdiri daripada pelajar semester 1-3.

Pada malam sebelum kem ini di mulai, satu majlis ringkas untuk bacaan yassin dan solat hajat  telah kami adakan bertempat di Cempaka 2.









Keluarga besar SCLC


 Dan pada jam 6.30 petang pada 23 Mac, kami bertolak ke KIWA Sepang.









 Ketika kem ini berlangsung, kami menerima kedatangan daripada SAF SCLC 2010/2011 yang sempat bertemu dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik. Ribuan terima kasih kami ucapkan buat akak-akak dan abang-abang yang hadir memberikan sokongan kepada kami.



Buat pengetahuan kalian, buat pertama kalinya kami dari SCLC membuat kerja sama dengan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung bagi menjayakan program ini. Walaupun ini kali pertama bekerja dengan mereka, sungguh, pelbagai pengetahuan baru dapat kami timba demi menambah baik lagi aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Terima kasih daun keladi dari pihak kami ;D


























Walaupun aktiviti dalam kelompok yang kecil, namun kami merasakan apa yang Allah susun, nikmatnya begitu manis sekali. Kerana dalam kelompok yang kecil inilah kami sangat erat, dapat mengenali antara satu sama lain, dan setiap aktiviti yang di jalankan, kami benar-benar enjoy!

Setinggi ucapan tahniah diucapkan buat Akmal Shobri dan Atiqah Talkah selaku pengarah program dan timbalan pengarah program serta seluruh team 3 Hari Bersama SCLC, yang bertungkus lumus, sedaya mungkin, menjayakan program ini. Kalian sungguh awesome! ;D

Semoga kem ini, yang telah berjaya menjalinkan ukhuwah kita untuk 3 hari , akan berjaya menyatukan hati kita untuk masa akan datang.

Harapan kami setinggi gunung, semoga adik-adik akan dapat meneruskan misi dan visi SCLC, dan seterusnya menjadi ahli dalam keluarga besar kami.

Dan akhir kata, buat adik-adik dan seluruh rakan seperjuangan,

SELAMAT DATANG KE ALAM PERJUANGAN. YANG ADA HANYALAH KASIH DAN SAYANG. 

Wassalam