About Us



Student Community Law Club (SCLC) ditubuhkan pada tahun 2007 bermatlamat untuk memberikan pendidikan dan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai akan hak dan tanggungjawab mereka daripada sudut perundangan melalui aktiviti kemasyarakatan.

SCLC merupakan sebuah kelab yang aktif mengadakan aktiviti berbentuk kemasyarakatan berpaksikan 3 teras utamanya iaitu pengajaran undang-undang (legal teaching), kesukarelawanan (volunteerism) dan keusahawanan sosial (social entepreneurship).

Tiga Teras Utama
  1. Pengajaran Undang-Undang (legal teaching): SCLC berhasrat untuk memberi pendedahan dan pengetahuan undang-undang kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan umur. Kumpulan sasar untuk program-program berbentuk pengajaran undang-undang ini termasuklah pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej dan universiti daripada fakulti-fakulti berbeza dan orang awam. Program berbentuk pengajaran undang-undang ini diharap dapat membantu orang awam untuk memahami dengan lebih jelas tentang isu-isu undang-undang yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita pada masa kini.
  2. Kesukarelawanan (volunteerism): SCLC juga giat menganjurkan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan seperti mengecat mural dikampung orang asli, khidmat komuniti di kampung-kampung dan sebagainya. Program seumpama ini diharap dapat melatih ahli SCLC sendiri untuk sedia berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dari semasa ke semasa.
  3. Keusahawanan Sosial (social entrepreneurship): Antara lain misi SCLC adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan atau orang persendirian yang memerlukan bantuan berbentuk kewangan dan material. Segala dana dan sumbangan yang diperoleh akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, kampong orang asli dan sebagainya. Langkah ini perlu sebagai salah satu usaha mendekati masyarakat yang memerlukan.


Misi

Memberi maklumat yang jelas kepada orang ramai mengenai segala hak yang mampu mereka perolehi daripada perundangan dan limitasi terhadap hak tersebut.

Visi

Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan ahli sclc bersama masyarakat dalam menjadikan undang-undang sebagai instrumen untuk membela nasib dan bertindak sebagai limitasi yang munasabah supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.


"SCLC, We Come To Help."

"SCLC, We Are Family."