Pada 30 Mac 2013, SCLC sekali lagi berjaya menganjurkan Program Aloha SCLC untuk Siri ke-2 di Hutan Lipur Sungai Sendat, Batu Cave. Program ini diadakan bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang. Aloha SCLC merupakan program pembukaan buat SCLC setiap kali semester sebelum diteruskan dengan program-program yang berikutnya. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab SCLC kepada ahli-ahli baru disamping menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai program-program yang akan diadakan oleh SCLC.
Para peserta berkumpul seawal jam 8pagi dan bertolak ke destinasi pada jam 9 pagi dan seterusnya tiba di lokasi pada jam 11 pagi. Setibanya di sana, sedikit taklimat diberi oleh pegawai bertugas, dan setelah itu, aktiviti dimulakan. Pertamanya, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh ketua fasi dan setelah itu,mereka memulakan sesi ice-breaking atau sesi suai kenal antara ahli kumpulan. Setelah sesi suai kenal berakhir, tugasan seterusnya diberikan.
Kipas Izza jangan tak kipas! Haha
Aktiviti kedua, peserta diberikan tugasan untuk melengkapkan ‘Explorace’ yang telah diatur oleh ketua fasi dan fasi. Ketika ini, para peserta melakukan tugasan di sekitar kawasan hutan lipur tersebut dan pada jam 12.30 tengahari hampir ke semua peserta selesai melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Kemudian, para peserta diperuntukkan masa untuk berhenti rehat, makan tengahari dan solat zohor.
Pada jam 2.30 petang, para peserta meneruskan semula aktiviti dan kemudian, peserta diperuntukkan masa untuk beraktiviti bebas. Pada jam 5petang, setelah selesai mengemas dan membersihkan tapak program, kami bertolak pulang ke UiTM .
Yeahhh!
No comments:
Post a Comment