28 May 2010

Dari Meja Presiden



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Buat Semua


Setelah lebih kurang tiga tahun sejak penubuhan Student Community Law Club,buat julung kalinya kami akan memaparkan segala perjalanan aktiviti kelab serta program yang akan mahupun telah dianjurkan di laman siber ini.Paparan yang dihidangkan melalui blog ini diharap dapat menjadi medan perkongsian ilmu buat semua.Ini adalah antara langkah kecil yang kami lakukan untuk terus menapak ke hadapan sejajar dengan matlamat asas penubuhan kelab ini iaitu Memberi Pendidikan dan Kesedaran akan Hak dan Limitasi yang diletakkan kepada Masyarakat daripada Perspektif Perundangan.Persoalan awal yang mungkin timbul adalah " Mengapa kami perlu tahu tentang undang-undang? Lawyer kan ada.Apa tugas Lawyer andai kami sudah tahu undang-undang? Tidakkah itu merugikan".Jika soalan sebegini yang terungkap,maka saya katakan tidak walhal ini bakal memberikan sejuta keuntungan yang terselindung yang dapat kita nikmati dengan adanya ilmu undang-undang.Saya pulangkan kembali persoalan tadi dengan persoalan ini adakah kita mahukan peguam berada di sisi anda setiap masa untuk mengtakrifkan segala prosedur mahupan regulasi yang perlu kita lakukan atau elakkan?Mahukah setiap saat itu juga kita membayar yuran konsultansi bagi setiap penjelasan yang diberikan walaupun isunya remeh.Ini tidaklah bermaksud saya merendahkan profesion guaman yang ternyata mulia di dalam usaha menegakkan keadilan untuk semua, malahan saya sendiri sebagai pelajar fakulti undang-undang menanam impian untuk menjadi peguam,tetapi saya lebih suka merujuk kepada simpulan bahasa Mencegah itu lebih baik daripada Mengubati.Percaya atau tidak undang-undang wujud di mana-mana dan sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.Peraturan,Regulasi,Protokol dan Kanun saya kira merupakan sebagai sebahagian daripada undang-undang. Semuanya kita jalani dalam kehidupan seharian tanpa lepas sekalipun dan contoh mudah saya katakan peraturan di sekolah atau di tempat kerja telah menetapkan bahawa waktu masuk pejabat adalah pada pukul 8 pagi,jadi mahu atau tidak si pelajar atau pekerja perlu mengikut peraturan yang ditetapkan atau tidak kesan penalti bakal diberikan yang juga tertakluk di dalam undang-undang.Kesimpulannya undang-undang wujud di lingkungan hidup kita bermula sejak kita lahir hinggalah ke akhir hayat serta undang-undang itu tidak pernah lenyap di makan waktu meskipun sistemnya atau kandungannya berubah dari masa ke semasa.Oleh itu wajarlah setiap daripada kita memahami setiap undang-undang yang diletakkan pada kita supaya undang-undang ini wujud bukan untuk menyusahkan hidup tetapi sebaliknya memberikan kita suatu sistem yang menguruskan diri kita dengan lebih cekap dan berkesan.

27 May 2010

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog Student Community Law Club.

01 May 2010

Saf Kepimpinan SCLC 2010/2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1bqEQEF7dLaE3ZlA6KFfgvAgyyT4Ti4fU65iI9jsFp3ZyBTxmcrjhHrToHHzHKu6IGWcta6Y49EFrItDVQqZFdYEo3Z0P4t_sofcskpfpI-BZ6zCdTu2ZsheMnwaCk_bcYgIQStP1qTTH/s1600/wxco+sclc+5.jpg


Presiden: Muhammad Asmirul Asraf Fadli