02 December 2012

Program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Rohingya

Buat pertama kalinya, SCLC telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim Rohingya di Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam pada 1 Disember 2012 yang lalu. Lawatan ke Rumah Anak Yatim ini adalah untuk meneruskan kesinambungan daripada program lawatan ke rumah anak yatim yang telah diadakan sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

image

Melalui aktiviti seumpama ini, komuniti masyarakat yang sejahtera, penyayang dan bersatu padu mampu dijana melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.

11 November 2012

Aloha SCLC! Siri 1

422993_3985797887883_1103077119_n

Progam Aloha SCLC Siri 1 telah diadakan pada 11 November 2012 di Taman Negara Bukit Cerakah, Shah Alam. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan informasi serta menerangkan prinsip utama kelab SCLC kepada ahli baru. Sekaligus dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara ahli lama dan baru. Kehadiran ahli-ahli baru akan dapat menjadi pemangkin kemajuan kelab dengan perkongsian idea yang segar dan kreatif bagi mencapai matlamat kelab SCLC.

 

Disamping itu, modul-modul yang disediakan sepanjang program ini kebanyakannya dijalankan secara praktikal iaitu melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Hal ini bertujuan untuk melahirkan suatu kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli.

04 August 2012

Forum PDPA - Jangan Hack Facebook Aku



Salam,
Pada  15 Mei yang lalu, satu forum telah diadakan yang bertajuk Jangan Hack Facebook Aku. Forum ini merupakan salah satu daripada pengisian bagi Program Personal Data Protection Act Awareness Campaign.

Walaubagaimanapun, di saat-saat akhir, penyampai bagi forum ini tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tertentu. Namun, forum tetap berjalan lancar dengan di ganti oleh Cik Fatin Azli yang menyampaikan segala ilmu mengenai PDPA yang beliau tahu. 


Personal Data Protection Act - Training Session (Gambar)

Program : Personal Data Protection Act Training Session
Tarikh : 27 - 29 April 2012
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Pengarah Program : Farah Yasmin Abdul Radzak.




25 July 2012

SCLC di Jasin, Melaka (Semarak Ilmu pt 2)

Salam,

Kesinambungan daripada Legal Teaching ke KL Krash bagi program Semarak Ilmu, kali ini kami menjelajah pula ke Jasin, Melaka di  Pertubuhan Islam Kebajikan Anak-Anak Yatim. Ini merupakan lawatan kami yang pertama di sini dan di rumah tersebut mempunyai penghuni seramai hampir 40 orang adik-adik yang dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. 

Motif kami pada kali ini lebih kepada slot-slot yang bermotifkan untuk meningkatkan motivasi kepada adik-adik. 


30 May 2012

Legal Teaching ke KL Krash Pad (Semarak Ilmu Pt 1)



Salam,
Bertarikh 30 Mac 2012, seramai 20 orang ahli Student Community Law Club telah ke KL Krash Pad yang terletak di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Semarak Ilmu yang akan mengandungi 2 lawatan ke tempat yang berbeza. Legal teaching ini merupakan kali yang ke 7 kami adakan berkala bagi setiap semester. 

Sambutan yang di berikan adik-adik sungguh tidak di sangka-sangka kerana mereka sangat bersemangat dalam apa jua slot yang kami adakan. Pada kali ini, kami mengutarakan tajuk mengenai " Hak Anda Apabila Di tangkap Polis " 


13 May 2012

Menarik, Mei Ini!


Salam,

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang bakal di anjurkan oleh SCLC khusus untuk Mei ini.


PDPA Forum: "Jangan Hack Facebook Aku!"

Tarikh: 15 Mei 2012
Tempat: Dewan Kuliah B, Menara S&T
Masa: 7.45 malam

Panel Jemputan Khas:
Prof. Abu Bakar Munir
- Pakar #PDPA (selama 15 tahun)
- Salah seorang penggubal #Personal Data Protection Act Malaysia
- Pensyarah & Bekas Dekan FUU Universiti Malaya

----- Kupon aktiviti & makanan disediakan! :D


KURSUS ASAS FASILITATOR

20 Mei 2012 9pagi- 5 petang
Lokasi : cempaka 1
bersempena

Community Outreach 

Lokasi :Kampung Orang asli 
Kuala Kerling Kuala Kubu Bharu..
tarikh: 26 MEI 2012 SABTU 8PG-6PTG 




Jika berminat, boleh  rujuk poster-poster di atas untuk menghubungi kami.

Student Community Law Club,
We Come to Help.

02 May 2012

Destini Hala Tuju Sekolah Henry Gurney : Siri 3


Salam,
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya Student Community Law club buat kali ketiga dapat mengadakan program Destini Hala Tuju Sekolah Henry Gurney di Melaka pada 12 April yang lalu. 

Kami berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar daripada sekolah ini. Bukan itu sahaja, kami di bahagikan dalam beberapa kumpulan kecil dan pelbagai aktiviti dapat kami jalankan dengan mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan, dan cuba untuk memberikan mereka satu hala tuju untuk mereka setelah mereka tamat daripada sekolah ini. 

Sesungguhnnya peluang untuk bertemu, beramah mesra dan melakukan aktiviti bersama pelajar di sekolah ini telah mengubah persepsi kami terhadap mereka dan peluang yang bermakna ini sungguh manis buat kami semua. 

Tahniah di ucapkan kepada seluruh warga kerja dan Ahli Jawatan kuasa Pelaksana bagi Program ini, terutamanya Pengarah Program iaitu Aftal Mariz. 

Semoga, di masa akan datang, di semester akan datang program-program seterusnya dapat di jalankan lagi di sini

Wassalam. 


24 April 2012

Personal Data Protection Act Awareness Campaign!

Assalamualaikum.

Personal Data Protection act adalah satu daripada Akta terbaru yang wujud demi melindungi data-data kita terutamanya data di dalam internet. Student Community Law Club menyedari akan kepentingan untuk kita melindungi data peribadi kita yang sepertinya kurang kesedaran daripada rakyat Malaysia dan pelajar UiTM khususnya. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan menganjurkan satu Training Session yang akan bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson dengan hanya bayaran RM 100 sahaja khusus untuk seluruh pelajar UiTM Shah Alam. Mana kala bagi sebahagian lagi program ini akan di adakan Short Film Competition yang bertemakan 'Think Before You Click'

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai program ini.






dan ini pula adalah video promo bagi program ini.



JOM! Sertai kami. Hantar penyertaan anda secepat mungkin dan jumpa anda di Port Dickson! 

And lastly Lets protect our personal data.

Wassalam
=D 

20 April 2012

Here, Our Journey Begins -3 Hari Bersama SCLC

Salam,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 23-25 satu kem untuk me-recruit ahli-ahli baru bagi Student Community telah selamat di jalan. *Refer post sebelum ini untuk maklumat program.

Kem ini telah disertai oleh 18 orang pelajar fakulti undang-undang yang terdiri daripada pelajar semester 1-3.

Pada malam sebelum kem ini di mulai, satu majlis ringkas untuk bacaan yassin dan solat hajat  telah kami adakan bertempat di Cempaka 2.



18 March 2012

3 Hari Bersama SCLC

Salam,

Seperti semester-semester lepas, menjadi aktiviti wajib bagi kami warga SCLC untuk menganjurkan satu lagi program yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk menarik ahli-ahli baru untuk berkenalan dan menjadi salah seorang daripada keluarga besar SCLC.

Jadi pada semester ini, program adalah lebih menarik Insyallah kerana akan diadakan selama 3 hari di Sepang. Butiran program adalah seperti berikut :


Jom! Sertai kami dan ingat. Tempat adalah sangat terhad.

Here, our journey begins! =D

Wassalam.