31 August 2013

Pangkor, kami datang!


Salam warga SCLC sekalian. InsyaAllah, bagi memulakan tirai saf kepimpinan SCLC kali ke-8, kami akan mengadakan kem teambuiding selama 3 hari 2 malam, (2 - 4 September) yang bertempat di Pulau Pangkor. Bagi menjayakan program ini, kami dengan berbesar hati telah menjemput beberapa alumni SCLC sendiri untuk mengetuai aktiviti-aktiviti kami sepanjang kami berada di sana. Apalah agaknya cabaran kami di sana nanti ya?

Tak sabar rasanya nak mandi laut, main air! Doakan program kami berjaya, dan kami selamat pergi dan balik. Semoga teambuilding ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita. Semoga kita dapat mengenali dan memahami sesama kita dengan lebih mendalam, supaya insyaAllah, kita dapat menjalankan aktiviti-aktiviti akan datang dengan jayanya.

Setelah pulang dari pangkor, insyaAllah kami akan teruskan dengan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di Fakulti Undang-Undang pada 5 dan 6 September. Setiap exco yang baru dilantik akan diberi tunjuk ajar; langkah demi langkah bagaimana untuk menjayakan sesebuah program. Kami juga akan merangka pelbagai aktiviti baru untuk semester-semester akan datang. Hopefully there will be new and fresh ideas from the team.

May the force be with us!