11 November 2012

Aloha SCLC! Siri 1

422993_3985797887883_1103077119_n

Progam Aloha SCLC Siri 1 telah diadakan pada 11 November 2012 di Taman Negara Bukit Cerakah, Shah Alam. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan informasi serta menerangkan prinsip utama kelab SCLC kepada ahli baru. Sekaligus dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara ahli lama dan baru. Kehadiran ahli-ahli baru akan dapat menjadi pemangkin kemajuan kelab dengan perkongsian idea yang segar dan kreatif bagi mencapai matlamat kelab SCLC.

 

Disamping itu, modul-modul yang disediakan sepanjang program ini kebanyakannya dijalankan secara praktikal iaitu melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Hal ini bertujuan untuk melahirkan suatu kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli.