05 June 2011

Kursus Indukasi Legal Explorace Camp

Salam,

Kursus Induksi Legal Explorace Camp
Tarikh : 27 Mei - 29 Mei 2011
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco Resort, Sepang.

Setelah melalui pelbagai pahit maung bagi menjadi kan program ini satu realiti sebagai satu platform bagi memberikan pengalaman dan sebanyak mungkin persediaan kepada para fasilitator yang akan mengendalikan Legal Explorace Camp yang akan berlangsung pada bulan hadapan, akhirnya syukur ke hadrat Ilahi, apabila yang dirancang benar-benar berjalan dengan lancar dan tersusun.

Buat pengetahuan anda, kursus ini adalah gabungan semua kelab yang terdapat di Fakulti Undang-Undang
iaitu, Law Society, Sekretariat Mahasiswa Fakulty, Environment Club, dan Moot Club.
Ada jalinan ukhuwah terjalin antara society lain untuk kali ini. =)

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Faraheen dan konco-konco beliau atas usaha dan titik peluh bagi menjayakan kursus ini.

Dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Airol Irwan yang mengetuai dan melatih semua peserta dengan penuh bersemangat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa beliau.

Tak lengkap entry ini tanpa gambar kan. =))



02 June 2011

Kursus Pengurusan Organisasi 2011/2012

Salam,

Sebagai pembukaan dan titik permulaan kepada SAF kepimpinan yang baru, satu Kursus Pengurusan Organisasi telah di anjurkan.

Tarikh : 10 - 12 Mei 2011
Tempat : Cempaka 1 UiTM Shah Alam.
Tempat penginapan : Kolej Perindu dan Kolej Seroja.

Hasilnya setelah 3 hari 2 malam berkampung, input-input yang diperlukan bagi menjayakan sesuatu program telah kami perolehi. Aktiviti-aktiviti untuk semester-semester akan datang telah pun di rancang, bersama-sama dengan project manager yang tampil dan rela untuk memegang tanggujawab.
Semoga apa yang dipelajari dan di rancang akan dapat di aplikasikan dan di gunakan dengan sebaik mungkin untuk SCLC yang tercinta. oh yeah!
Aktiviti yang telah di rancang akan di update dari masa ke semasa. =)

Sesi Parlimen - pembentangan cadangan untuk program