30 May 2012

Legal Teaching ke KL Krash Pad (Semarak Ilmu Pt 1)



Salam,
Bertarikh 30 Mac 2012, seramai 20 orang ahli Student Community Law Club telah ke KL Krash Pad yang terletak di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Semarak Ilmu yang akan mengandungi 2 lawatan ke tempat yang berbeza. Legal teaching ini merupakan kali yang ke 7 kami adakan berkala bagi setiap semester. 

Sambutan yang di berikan adik-adik sungguh tidak di sangka-sangka kerana mereka sangat bersemangat dalam apa jua slot yang kami adakan. Pada kali ini, kami mengutarakan tajuk mengenai " Hak Anda Apabila Di tangkap Polis " 


13 May 2012

Menarik, Mei Ini!


Salam,

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang bakal di anjurkan oleh SCLC khusus untuk Mei ini.


PDPA Forum: "Jangan Hack Facebook Aku!"

Tarikh: 15 Mei 2012
Tempat: Dewan Kuliah B, Menara S&T
Masa: 7.45 malam

Panel Jemputan Khas:
Prof. Abu Bakar Munir
- Pakar #PDPA (selama 15 tahun)
- Salah seorang penggubal #Personal Data Protection Act Malaysia
- Pensyarah & Bekas Dekan FUU Universiti Malaya

----- Kupon aktiviti & makanan disediakan! :D


KURSUS ASAS FASILITATOR

20 Mei 2012 9pagi- 5 petang
Lokasi : cempaka 1
bersempena

Community Outreach 

Lokasi :Kampung Orang asli 
Kuala Kerling Kuala Kubu Bharu..
tarikh: 26 MEI 2012 SABTU 8PG-6PTG 




Jika berminat, boleh  rujuk poster-poster di atas untuk menghubungi kami.

Student Community Law Club,
We Come to Help.

02 May 2012

Destini Hala Tuju Sekolah Henry Gurney : Siri 3


Salam,
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya Student Community Law club buat kali ketiga dapat mengadakan program Destini Hala Tuju Sekolah Henry Gurney di Melaka pada 12 April yang lalu. 

Kami berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar daripada sekolah ini. Bukan itu sahaja, kami di bahagikan dalam beberapa kumpulan kecil dan pelbagai aktiviti dapat kami jalankan dengan mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan, dan cuba untuk memberikan mereka satu hala tuju untuk mereka setelah mereka tamat daripada sekolah ini. 

Sesungguhnnya peluang untuk bertemu, beramah mesra dan melakukan aktiviti bersama pelajar di sekolah ini telah mengubah persepsi kami terhadap mereka dan peluang yang bermakna ini sungguh manis buat kami semua. 

Tahniah di ucapkan kepada seluruh warga kerja dan Ahli Jawatan kuasa Pelaksana bagi Program ini, terutamanya Pengarah Program iaitu Aftal Mariz. 

Semoga, di masa akan datang, di semester akan datang program-program seterusnya dapat di jalankan lagi di sini

Wassalam.