15 April 2013

Pin It

Widgets

Semarak Ilmu ke KL Krash Pad 2013

Pada 14 April 2013, Student Community Law Club (SCLC) telah mengadakan program Legal Teaching Ke KL Krashpad yang bertempat di Pusat Jagaan Nur Salam, Chow Kit, Kuala Lumpur bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.30 petang.

 

531799_10200643060313542_704505002_n

 

Antara lain objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi maklumat dalam skop undang-undang kepada penghuni Pusat Jagaan Nur Salam, agar mereka lebih mengetahui hak mereka dalam undang-undang sekali gus meningkatkan ‘soft skill’ dalam diri setiap ahli kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

2013-04-14 12.21.13

2013-04-14 10.09.56

Seramai 30 orang pelajar Fakulti Undang-Undang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Dalam misi kali ini, SCLC telah membawa isu Buli Siber untuk diketengahkan kepada remaja-remaja KL Krash Pad melalui aktiviti LDK yang interaktif.

 

2013-04-14 10.20.44

2013-04-14 14.37.03

Dengan bantuan video dan bahan multimedia, mereka telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil telah berjaya menghasilkan video berbentuk cerita pendek tentang buli siber. Awesome! Thumbs upOpen-mouthed smile

 

Undang-undang memperuntukkan sebarang gambar atau video melibatkan aktiviti bersama para remaja di bawah jagaan KL Krash Pad tidak boleh disiarkan kepada umum melalui apa jua bentuk. Camera

No comments:

Post a Comment