Pada 11 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu, SCLC telah menganjurkan SCLC Women’s Day dengan jayanya! Program ini telah berlangsung di Cempaka 1, Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam. Program yang bermula tepat pukul 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 6.00 petang. Tentatif program ialah seperti berikut:
Aktiviti Derma Darah
Women’s Talk: “Cabaran Wanita Masa Kini”
Grooming Session oleh Majalah Dara.com dari Karangkraf
Selain itu, program ini telah berjaya memperoleh produk penajaan daripada Sofy dan Laurier dalam bentuk ‘goodies bag’ yang mengandungi pelbagai barangan untuk wanita untuk diagih-agihkan kepada para pengunjung yang hadir.
Objektif utama program ini dianjurkan ialah bagi member kesedaran undang-undang kepada peserta-peserta yang hadir tentang isu berkaitan undang-undang wanita (Women’s Law) melalui pameran dan sesi bual bicara seperti diskriminasi terhadap kaum hawa. Walau bagaimanapun, sesi diskusi ini merumuskan isu diskriminasi wanita di Malaysia tidak menjadi masalah besar negara kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjalankan kewajipan dengan baik dalam menjaga kebajikan wanita di Malaysia.
Selain pengajaran undang-undang, pelbagai informasi turut disalurkan sewaktu sesi bual bicara yang bertajuk Cabaran Wanita Masa Kini juga turut mengupas perihal kesihatan wanita yang mengfokuskan kepada isu barah payudara yang menjadi pembunuh utama dan cabaran untuk setiap wanita di dunia. Ahli panel yang merupakan pegawai perubatan member informasi mengenai cara pemeriksaan sendiri payudara, tanda-tanda awal, rawatan serta langkah pencegahan. Panel kedua pula mengfokuskan isu bagaiman wanita perlu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita solehah dan terpelihara akhlah dan maruah walaupun menghadapi cabaran hebat dari dunia luar.
Objektif seterusnya ialah mempersiapkan diri para wanita khususnya pelajar-pelajar UiTM untuk berketerampilan menarik bagi meningkatkan keyakinan diri serta mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Grooming session selama 4 jam ini telah memberi tips berguna kepada para peserta mengenai cara berpakaian dan solekan yang sesuai serta cara meningkatkan keyakinan diri serta-merta.
Program ini juga telah menggalakkan ‘volunteerism’ atau kesukarelaan dalam kalangan pelajar UiTM kerana program derma darah oleh Pusat Darah Negara turut berjalan sepanjang tempoh program berlangsung. Aktiviti derma darah ini telah mendapat sambutan menggalakkkan daripada para pungunjung.
Seramai 125 orang pelajar UiTM dari pelbagai fakulti telah hadir bagi memeriahkan program ini. Ahli panel yang dijemput untuk menjayakan bual bicara ‘Cabaran Wanita Masa Kini’ ialah Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr. Zaitun binti Mohd Nasir yang membawa isu berkaitan barah payudara serta penalis kedua ialah Nor Adibah binti Rozain, juara program Pendakwah Milenia TV3 yang juga ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan. Grooming Session pula telah dikendalikan oleh pihak Dara.com. Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh Pensyarah Fakulti Undang-undang, Profesor Madya Rohani Md Shah.
No comments:
Post a Comment