02 December 2012

Pin It

Widgets

Program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Rohingya

Buat pertama kalinya, SCLC telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim Rohingya di Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam pada 1 Disember 2012 yang lalu. Lawatan ke Rumah Anak Yatim ini adalah untuk meneruskan kesinambungan daripada program lawatan ke rumah anak yatim yang telah diadakan sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

image

Melalui aktiviti seumpama ini, komuniti masyarakat yang sejahtera, penyayang dan bersatu padu mampu dijana melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.
Sesi Ice-Breaking dan Acara Sukaneka

16006_518234151528372_1514957473_n
481470_518227118195742_882618164_n

Perkongsian Ilmu dan Motivasi

63128_518221891529598_773359218_n
Selain beramah mesra dengan mereka melalui aktiviti sukaneka, kami selitkan juga slot perkongsian ilmu dan motivasi. Kami difahamkan, aktiviti rutin harian mereka terhad kepada penghafalan ayat-ayat suci Al-Quran dan pembangunan rohani.

Justeru itu, kami wujudkan satu slot untuk menerapkan ilmu-ilmu asas dalam pembelajaran dan kehidupan seharian seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dengan cara yang interaktif dan mudah difahami berikutan laras bahasa dan kefahaman yang tidak setara.

Gotong-royong memasak

417114_518222998196154_866560326_n
73289_518222478196206_552483296_n
Walaupun menghadapi masalah dalam komunikasi, namun begitu, kerjasama dan semangat yang diberikan oleh anak-anak kecil ini cukup mengujakan! Star

No comments:

Post a Comment