01 June 2013

Pin It

Widgets

Program Satu Desa Sejuta Warna 2013

SCLC telah mengadakan sebuah program khidmat masyarakat berkonsepkan program anak angkat yang diberi nama Program Satu Desa Sejuta Warna di Kg Pasir Salak, Perak selama 4 hari 3 malam bermula 24 Mei 2013 hingga 27 Mei 2013 iaitu dari Jumaat hingga Isnin yang lalu.

BANNER (7x3kaki)

Program ini dirangka dengan tujuan untuk memberi pengajaran undang-undang kepada penduduk desa mengenai hak-hak mereka sebagai rakyat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan selain menerapkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan bertunjangkan 3 prinsip utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang (Legal Teaching), kesukarelawanan (Volunteerism) dan keusahawanan sosial (Social Entepreneurship).

HARI PERTAMA

Program ini disertai oleh 60 orang peserta dari Fakulti Undang-Undang dan fakulti-fakulti di UiTM Shah Alam antaranya termasuklah Akademi Pengajian Bahasa, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan banyak lagi. Perjalanan program bermula pada pukul 9.00 pagi pada hari Jumaat di Fakulti Undang-Undang.
 
2013-05-24 14.35.56

Para peserta tiba di Kg Pasir Salak pada pukul 2.00 petang. Program pada hari tersebut dimulakan dengan majlis perasmian program dan penyerahan anak angkat pada pukul 3.00 petang yang dikendalikan oleh Ahli JKKK Pasir Salak yang diketuai oleh Ketua Kg Pasir Salak, Tuan Haji Abdul Manan bin Haji Salleh. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kg Gajah, YB Hj Abdullah Fauzi bin Dato' Hj Ahmad Razali. Selepas sesi penyerahan anak angkat kepada orang-orang kampung, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk sesi suai kenal dan ramah mesra.
 
image
image
 
HARI KEDUA

Pada keesokan harinya iaitu hari Sabtu bersamaan 25 Mei 2013, para peserta berkumpul di Dewan JKKK Kg Pasir Salak seawal pukul 9.00 pagi untuk aktiviti khidmat masyarakat. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat khidmat bakti di rumah-rumah di kawasan kampung. Setiap kumpulan dibekalkan plastik sampah dan air mineral sepanjang aktiviti tersebut berjalan. Aktiviti tersebut tamat pada pukul 11.30 pagi.
 
image
 
Selepas itu, peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat dan menikmati juadah makan tengah hari. Pada pukul 4.00 petang, para peserta berkumpul di Amphitheatre Pasir Salak Resort untuk persiapan aktiviti sukaneka bersama masyarakat kampung.
 
Aktiviti sukaneka bermula dengan pendaftaran peserta sukaneka pada pukul 5.00 petang. Sukaneka dan permainan rakyat bermula pada pukul 5.15 petang dengan penyertaan yang cukup menggalakkan daripada orang-orang kampung yang terdiri daripada semua lapisan umur. Antara sukaneka yang dijalankan termasuklah cari gula dalam tepung, ping pong dalam sudi, getah dan straw, baling belon air dan macam-macam lagi.
 
sss
image
Aktiviti tersebut berakhir dengan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah pada pukul 7.00 malam. Selepas itu, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan berkumpul di Dewan JKKK Kg Pasir Salak kembali pada pukul 9.00 malam tersebut untuk pembahagian tugas sebelum malam kebudayaan dan jamuan rakyat yang akan berlangsung pada keesokan harinya. 

HARI KETIGA

Pada hari Ahad bersamaan 26 Mei 2013, para peserta berkumpul di Dewan JKKK Kg Pasir Salak pada pukul 9.00 pagi untuk senaman ringan sebelum segmen pengajaran undang-undang bersama kanak-kanak kampung pada pukul 9.30 pagi. Seramai 50 orang kanak-kanak dari Kg Pasir Salak turut serta dalam program tersebut. Isu undang-undang yang diterapkan pada hari tersebut adalah berkenaan hak-hak orang awam apabila ditahan polis. Para peserta menjalankan aktiviti dalam kumpulan secara interaktif diselangi permainan-permainan ringkas untuk menguji minda dan tahap konsentrasi. Sesi bersama kanak-kanak ini dipimpin oleh fasilitator-fasilitator yang dilatih dalam kalangan peserta program sendiri. Program pada pagi tersebut ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
 
sdfdf
 
Pada pukul 2.00 petang, program bersama kanak-kanak diteruskan dengan aktiviti Explorace yang memerlukan setiap kumpulan untuk bergerak dari satu check-point ke satu check-point bagi menyelesaikan misi yang berasingan. Setiap check-point menerapkan elemen motivasi dan pembangunan nilai-nilai positif. Program tersebut berakhir pada pukul 4.00 petang. Selepas itu, para peserta bersama-sama membuat persiapan untuk jamuan rakyat, diketuai oleh Encik Ismail Badiuzzaman, pensyarah Fakulti Undang-Undang yang juga merupakan penasihat SCLC.
image
 
Jamuan rakyat pada malam tersebut bermula pada pukul 8.00 malam yang disertai oleh masyarakat Kg Pasir Salak yang juga merupakan keluarga angkat para peserta. Para tetamu disajikan dengan juadah tradisional seperti nasi putih, kari ayam, gulai tempoyak ikan kembung, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang bertajuk “Suara 153” yang disampaikan oleh Encik Ismail Badiuzzaman. Ceramah ini berkisarkan tentang Perkara 153 yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan serta hak-hak keistimewaan orang Melayu. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan malam kebudayaan yang dimulakan dengan persembahan sketsa bertemakan pendidikan anak bangsa. Majlis diserikan dengan persembahan bunga api yang disediakan oleh Ahli JKKK Kg Pasir Salak.
 

 
HARI KEEMPAT

Hari terakhir di Pasir Salak menyaksikan para peserta berkumpul di Dewan JKKK Kg Pasir Salak pada pukul 10.00 pagi untuk majlis penutup dan penyerahan semula anak angkat kepada pihak UiTM Shah Alam. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah program diikuti ucapan Tuan Haji Abdul Manan bin Haji Salleh mewakili warga Kg Pasir Salak. Majlis disudahi dengan persembahan nyanyian para peserta program dan majlis bersalam-salaman antara para peserta dan orang kampung. Rombongan program bertolak dari Pasir Salak pada pukul 1.00 petang dan singgah di Air Terjun Lata Kinjang di Tapah, Perak.
 
image
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipjvNzjX3i1SO8bu4Af_5GgSXPT8ul-s5cKc2jjI79Nz8Qkc4Ibl9vw6aDwBTGFlwtg5Z4p_fz2IFmlnbesDIEyn5CBq7rubvIUWSxByDVhYaXHGfL6lDs-rRhWk_uA6SkRpNghCVNt7Y/s1600/602978_545946262113396_2141372727_n.jpg

YEAHHHHHH! Alien



No comments:

Post a Comment