06 November 2011

Pin It

Widgets

Sekitar Program Obesity Awareness Campaign

Salam,

Pada 19th Oktober 2011,
Telah berlangsung dengan jayanya Program Obesity Awareness Campaign.



Aktiviti dimulakan dengan senamrobik dan Pertandingan Masswalk;



Sesi pendaftaran bagi pertandingan Masswalk yang bermula pada jam 8.30 pagi


Saurdara Khairul Hazwan (Kay) sedang memberikan taklimat akhir sebelum program berjalan


Semangat perlu di bangkitkan!
Antara peserta-peserta yang turut hadir memeriahkan suasana


Anas selaku emcee bagi pertandingan Mass Walk


Sebelum pertandingan bermula, bersenamrobik dahulu!











Dalam pertandingan ini, setiap peserta harus mengikat badan mereka secara berpasangan dan berjalan dari Fakulti Undang-Undang sehingga ke Padang Kawad



Setelah selamat tiba di garisan penamat. Muka semua kemerahan, kepenatan. Namum tetap gembira.
Di padang kawad pula aktiviti diteruskan dengan Forum Misteri Obesity. salah seorang panel yang sudi berkongsi ilmu dengan kami pada hari tersebut adalah Chef Ismail, Chef selebriti di Malaysia.



Sir Haris selaku Penasihat SCLC memberikan sedikit cenderamata kepada Chef Ismail
Chef Ismail bersama dengan AJK-AJK program
OAC

Turut berlangsung pada ketika itu, pameran mengenai Obesity Awareness yang telah di sertai oleh wakil dari fakulti Perubatan dan juga Fakulti Sains Sukan UiTM, Klinik Kesihatan UiTM, Herbalife dan lain-lain lagi. Di gerai pameran yang disediakan kami berpeluang untuk memeriksa tekanan darah kami, kadar denyutan jantung, BMI, dan juga kami berpeluang untuk mendapat nasihat daripada yang arif mengenai kesihatan.

Pameran Kesihatan daripada syarikat kecantikan

Pemenang tempat pertama bagi pertandingan Masswalk.
Aktiviti diteruskan dengan persembahan daripada artis jemputan, Anna Raffali. Beliau telah mendendangkan beberapa buah lagu yang buat kami semua lupa akan kehangatan bahang panas matahari pada ketika itu.

Cantik. ayu. berbaju kurung.

Our Mr. President sempat berduet bersama Ana Raffali.

Hadi, Naib Presiden SCLC bersama Ana Raffali.

AJK program bersama-sama dengan wakil daripada Revive Malaysia.

Buat pengetahuan kalian, hampir keseluruhan AJK bagi program ini, termasuklah pengarah program, Khairul Hazwan merupakan pelajar Part 1 di fakulti kami.Dan program ini dijalankan dengan usaha mereka bersama-sama pemantauan dari ahli-ahli yang lebih arif.
Satu kejayaan yang besar bagi mereka yang sangat baru di kelab kami ini. Semoga program ini merupakan titik permulaan bagi mereka semua untuk terus bersama-sama berjuang dalam SCLC, dan semoga program ini memberikan seribu satu pengajaran dan pengalaman buat setiap yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Tahniah kepada Pengarah program dan seluruh AJK serta penasihat-penasihat yang telah berpenat lelah menjayakan program ini.

Akhir kata, semoga kadar Obesity dinegara kita dapat di kurangkan dengan bertambahnya kesedaran masyarakat mengenai kesihatan diri.

Majulah SCLC untuk masyarakat kita.

Wassalam.