Legal Explorace telah berlangsung dengan jayanya pada 1, 2 dan 3 Julai 2011. Pelbagai aktiviti yang menarik dan tentu sekali bermanfaat telah dijalankan selama 3 hari kem tersebut.
Sebelum bercerita lebih panjang, suka saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi serba sedikit latar belakang kumpulan sasaran program ini. Kumpulan sasaran pada kali ini ialah anak-anak yatim yang tinggal di sekitar Selangor. Seramai 74 orang anak-anak yatim berjaya dikumpul dengan bantuan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (Yatim). Terima kasih diucapkan kepada Yatim. Secara amnya, anak-anak yatim ini datang daripada lima buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Jawa dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buaya.
Kelas dining and etiquete telah dikendalikan oleh Encik Hashim, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perhotelan dan katering. Kelas ini dekendalikan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara makan yang betul ketika menghadiri majlis makan yang formal.
Seterusnya, pada hari kedua, forum mengenai bahaya dadah telah dijalankan. Forum ini dekendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia. Forum ini bertujuan untuk memberikan keinsafan tentang betapa bahayanya andai terjebak dengan najis dadah. Untuk menguji samada forum ini berkesan memberi impak kepada peserta, satu tugas khas diberikan kepada mereka. Merka dikehendaki melakonkan iklan atau jinggle tentang betapa bahayanya dadah. Di samping menyemai perasaan benci akan dadah, tugasan ini juga berjaya mencungkil bakat lakonan mereka.
Seterusnya, mereka dihidangkan dengan satu lagi diskusi ilmiah tentang gejala buang bayi. Diskusi ilmiah ini diterajui oleh Encik Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian. Panel-panel pula terdiri daripada wakil Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, serta tidak ketinggalan, wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor.
Peserta kali ini turut diberikan tugas khas. Mereka diberikan situasi seorang remaja perempuan yang terlanjur bersama dengan teman lelakinya dan disahkan hamil. Perkara ini telah terjadi, namun, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah remaja perempuan itu sendiri? Atau teman lelaki? Keluarga? Pihak berkuasa? Ibu bapa? Adik-beradik? Atau masyarakat? Di sini, setiap kumpulan dikehendaki memainkan satu peranan yang telah disebut tadi. Mereka mestilah mempertahankan bahawa mereka tidak patut dipersalahkan dalam hal tersebut. Hasilnya, perdebatan hangat berlaku di antara mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat merangsang pemikiran dan skil mereka untuk berdebat.
Selesai makan beradab, Malam Kebudaayan dirancakkan lagi dengan persembahan mock trial. Persembahan mock trial ini telah dilakonkan oleh komiti Legal Explorace Camp yang telah berlatih selama dua bulan. Kes yang disampaikan pada malam yang indah tersebut ialah kes curi kereta. Di sini, para peserta didedahkan secara kasa dengan prosiding di mahkamah.
Seterusnya, peserta mengambil tempat dengan membuat persembahan sajak dan lakonan yang sungguh syahdu. Selepas itu, para fasilitator membuat persembahan pencak silat dan tarian diiringi lagu Mentera Semerah Padi. Cabutan bertuah juga dijalankan dan tahniah kepada yang berjaya memenangi cabutan bertuah tersebut.
Majlis penutup diadakan setelah peserta menghabiskan explorace. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Professor Adjunct Rajeshwaran, penasihat Student Community Law Club. Pada majlis penutup ini, para fasilitator telah menitipkan kata-kata terakhir kepada adik-adik peserta yang sudah dianggap seperti adik-adik sendiri.
Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu menyemai dan menarik minat peserta untuk memasuki Fakulti Undang-undang UiTM. Ini terbukti apabila mereka memberikan surat kepada pihak kami tentang harapan dan cita-cita mereka. Terasa sayu mendengar kata-kata dariapada peserta seperti "Adik janji lepas ni adik dah tak malas belajar. Adik dah tak nak tinggal solat. Adik nak jadi macam abang dengan kakak". Di sini, kita dapat lihat, bahawa anak-anak yatim ini bukan memerlukan sokongan berbentuk material. Bukan baju percuma berjenama yang mereka minta. Dan bukan juga majlis berbuka puasa di hotel-hotel mewah yang mereka damba. Namun, apa yang mereka harapkan ialah sokongan dan perhatian selain bimbingan untuk mereka berjaya dalam kehidupan dan berjaya menjadi seorang yang bergunak kelak.
Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang bersama-sama membantu untuk menjayakan Legal Explorace Camp 2011. Semoga program ini akan terus diadakan pada masa akan datang kerana ianya membawa banyak impak positif.
No comments:
Post a Comment