Pertamanya saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya,setelah bertungkus lumus selama seminggu,akhirnya program Sehari Bersama SCLC dapat direalisasikan meskipun pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh semua ahli jawatankuasa yang bertindak.Satu hal yang cukup penting dalam menganjurkan program ini adalah pencapaian objektif penganjuran program itu sendiri.Dasar utama yang dibawa oleh Student Community Law Club adalah untuk memberikan pendidikan undang-undang kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan senang untuk dihayati.Ini adalah disebabkan rata-rata menganggap undang-undang pada hari ini adalah suatu perkara yang lebih cenderung untuk menghukum manusia sahaja daripada merasakan bahawasanya undang-undang ini wujud sebagai satu instrumen untuk menegakkan hak mereka mahupun kebenaran serta sebagai panduan dalam pengaturan hidup.Oleh itu pentingnya untuk ahli SCLC memahami dasar utama ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat sememangnya kita bersungguh dengan motto yang kita bawakan " Kami Datang Untuk Membantu".Andainya pada hari ini,semua ahli keluarga baru SCLC memahami dasar perjuangan SCLC kepada masyarakat,maka objektif penganjuran Sehari Bersama SCLC dikira tercapai dengan jayanya.Tahniah saya ucapkan.Mungkin pada hari ini kebanyakkan daripada kita belajar untuk menghadapi peperiksaan semata tetapi di SCLC semua ahli kelab diterapkan bahawa apa yang dipelajari di dalam kelas adalah untuk kehidupan realiti yang ternyata sukar dijangka,Prepare for Unprepared....wassalam
19 July 2010
Dari Meja Presiden Edisi ke 2

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment