02 December 2013

Pin It

Widgets

Volunteerism Expo : ‘Heroes Among Us’

Pada 28 - 29 November 2013, untuk pertama kalinya, Student Community Law Club (SCLC) telah berjaya menganjurkan program ‘Volunteerism Expo’ selama dua hari di Fakulti Undang-Undang dan di Dewan Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.



Majlis Pelancaran oleh Dr Haswira 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang isu kesukarelawanan kepada individu yang berminat selain menyediakan peluang kepada individu yang berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarela dalam komuniti.



Selain itu, program ini juga bertujuan memantapkan semangat kesukarelawanan dalam diri individu. Penganjuran ‘Volunteerism Expo’ ini juga secara tidak langsung dapat membina kerjasama dan hubungan antara ahli-ahli SCLC dengan ahli masyarakat, badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak yang berkepentingan.



Pada hari pertama program, terdapat pameran dan perkongsian kesukarelawanan daripada pelbagai wakil ‘Non-Governmental Organization’ (NGO) seperti Majlis Kanser Malaysia (MAKNA), Global PeaceMission, Aqsa Syarif, Syria Care, Projek Iqra’ dan Telekung Project. Terima kasih semua!





Pameran ini dilihat dapat menarik perhatian pelajar undang-undang yang begitu berminat bertanya dan mendaftar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dalam setiap badan kesukarelawanan yang hadir.

Seterusnya, pada hari kedua program, telah diadakan forum kesukarelawanan yang bertajuk ‘Heroes Among Us’ di Dewan Kolej Mawar.



Forum ini dibarisi oleh wakil daripada Aqsa Syarif, Syria Care dan Anwar Hadi yang merupakan vlogger terkemuka.





Menerusi forum ini, para pelajar diberi pendedahan tentang faedah-faedah serta kepentingan aktiviti kesukarelawanan selain perkongsian pengalaman aktiviti kesukarelawanan di dalam negara mahupun di luar negara.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. Tahniah kepada pengarah program, Noorshazlia Razali ! Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian sahaja dari saya, Nur Ainaa Mohamad Salehuddin selaku naib setiausaha melaporkan bagi program Volunteerism Expo.

No comments:

Post a Comment