Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Korang pernah dengar tak pasal takdir pengakhiran seseorang manusia itu telah ditetapkan oleh Allah? Rasanya korang pernah dengar kot sebab korang semua ni bijak2-bjiak belaka. Hehehe. Tapi aku nak share juga dengan korang pasal topik ni sbb aku rasa topik ni menarik. Maksud pengakhiran tu maknanya sama ada kita akan ke syurga ataupun neraka telah ditetapkan oleh Allah, sejak kita belum lahir dekat muka bumi ni lagi.
Dari Ali R.A berkata, “Kami duduk bersama Nabi Muhammad S.A.W & beliau sedang membawa tongkat sambil digores-goreskan ke tanah seraya bersabda, ‘Tidak ada seorang pun di antara kalian kecuali telah ditetapkan tempat duduknya di neraka atau pun syurga.’ (HR Bukhari & Muslim)
Jadi, benarlah kita semua telah ditentukan sama ada ke syurga atau neraka di pengakhiran nanti. Pasti kita semua terfikir, “Haihh, jenuh lah cenggini, kang buat penat je aku beramal bagai nak rak, akhirnya ke neraka juga aku sebab Allah dah takdirkan aku memang akan ke neraka Allah. Lantas kita pun malas nak beramal soleh dah. Dengan kata lain, kita pasrah dgn ketentuan Allah. Tapi betul ke apa yg kita buat ni? Agak-agak apa respond Nabi Muhammad S.A.W kalau kita cakap yang kita nak pasrah sahaja dengan takdir Allah tu?
Dan lagi malang bila ada sesetengah orang yang mengambil jalan mudah dengan sengaja menghalalkan kemaksiatan yang dia lakukan sebab dia kata kemaksiatan yang dia lakukan tu telah di tetapkan oleh Allah. Ternyata hal ini menyimpang daripada fakta kebenaran kerana dia sendiri yang MEMILIH untuk membuat kemaksiatan, bukan sebab kemaksiatan itu sendiri yg berlaku.
Maka, ini respond Nabi Muhammad S.A.W terhadap orang-orang yang pasrah dengan takdir Allah,
“Beramallah kalian! Sebab semuanya telah dimudahkan terhadap apa yang diciptakan untuknya. Adapun orang-orang yang bahagia, maka mereka akan mudah utk mengamalkan amalan yang menyebabkan menjadi orang bahagia. Dan mereka yang celaka, akan mudah mengamalkan amalan yang menyebabkannya menjadi orang yang celaka” Kemudian Nabi Muhammad S.A.W membaca firman Allah S.W.T, “Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah & bertakwa, & membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (HR Bukhari, kitab at-Tafsir & Muslim, kitab al-Qadar)
Dan kita mesti sentiasa ingat kepada janji-janji Allah kepada org yg beriman dan beramal soleh:
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. (QS Al Hajj 14)
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal. (QS Al ‘Ankabuut 58)
Kesimpulannya, kita perlu yakin dengan janji Allah terhadap orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Takdir pula sesuatu yang amat rahsia, hanya Allah yang tahu. Jadi, tak rugi kalau kita berusaha melakukan amal soleh supaya kita dapat mengubah takdir kita menuju ke syurga Allah daripada kita terus pasrah terhadap takdir yg kita sendiri tidak tahu jawapannya.
Ingatlah, syurga itu milik Allah. Allah akan beri kepada sesiapa yang benar-benar layak menikmatinya. Allahu’alam.
Post ini ditulis oleh:
MOHAMAD NAZREEN BIN ZABARUDIN
Exco Keusahawanan SCLC Sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment