Pada 30 November 2013 pula, SCLC telah berjaya menganjurkan sebuah program baru yang diberi nama Program Eksplorasi Berkayak Bersama Student Community Law Club (SCLC) bertempat di Tasik Seksyen 2, Shah Alam.
Program ini merupakan program satu hari dan salah satu dari usaha SCLC menggabungkan pengajaran undang-undang dengan aktiviti sukan dan rekreasi.
Selain daripada itu, program seumpama ini turut menguji tahap ketahanan sertakecerdasan fizikal para peserta apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan.
Malahan, penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri warga UiTM dan SCLC menerusi cabaran dan halangan dalam sukan berkayak.
Aktiviti sukan berkayak ini turut dapat melatih para peserta dari segi semangat kepimpinan dan kerjasama terutama memastikan kayak dapat dikemudi dengan baik.
Aktiviti eksplorasi berkayak yang melibatkan pelbagai “checkpoint” yang menarik dan mencabar telah berjaya menguji para peserta dari segi kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran komunikasi.
Semangat serta daya kreativiti yang ditunjukkan oleh para peserta ketika menyelesaikan setiap cabaran dan halangan sangat mengagumkan. Seramai 40 orang peserta dan AJK telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarah program, Noor Ain Roslan!

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan sukan berkayak kepada warga UiTM dan memfokuskan salah satu teras utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Selain daripada itu, program seumpama ini turut menguji tahap ketahanan sertakecerdasan fizikal para peserta apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan.
Malahan, penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri warga UiTM dan SCLC menerusi cabaran dan halangan dalam sukan berkayak.
Aktiviti sukan berkayak ini turut dapat melatih para peserta dari segi semangat kepimpinan dan kerjasama terutama memastikan kayak dapat dikemudi dengan baik.
Aktiviti eksplorasi berkayak yang melibatkan pelbagai “checkpoint” yang menarik dan mencabar telah berjaya menguji para peserta dari segi kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran komunikasi.
Semangat serta daya kreativiti yang ditunjukkan oleh para peserta ketika menyelesaikan setiap cabaran dan halangan sangat mengagumkan. Seramai 40 orang peserta dan AJK telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua peserta kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarah program, Noor Ain Roslan!
No comments:
Post a Comment