03 December 2013

Pin It

Widgets

Benchmarking to UIA

Pepatah dahulu pernah berkata, ‘tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’. Dari sini kita boleh faham bahawa menuntut ilmu itu penting dan kita digalakkan untuk mengembara dalam pencarian ilmu di dunia ini. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi kita umat manusia kerana hal ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan banyak masalah yang timbul. Dengan itu, SCLC UITM telah merangka satu ‘field trip’ ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam usaha menambah pengetahuan untuk membantu masyarakat majmuk. 

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah banyak menambah pengetahuan ahli-ahli SCLC dalam usaha kami berkhidmat untuk masyarakat. Diadakan pada hari Ahad, 1 Disember 2013, dengan kerjasama CENSERVE UIAM, SCLC telah bergerak ke Gombak untuk lawatan sambil belajar ini. Kami telah disambut dengan mesra oleh salah seorang ahli CENSERVE dan beliau juga membawa kami meninjau beberapa fakulti di universiti tersebut. Selepas 10 minit ‘sight-seeing’ kami di bawa ke bilik operasi mereka yang menempatkan setiap satu kelab di bawah persatuan ini. 

Kelab-kelab tersebut disatukan bawah satu bumbung bagi memudahkan mereka beroperasi dan menyenangkan pentadbiran. Setiap satu kelab tersebut mempunyai struktur pentadbiran sendiri yang bernaung di bawah CENSERVE. Kami telah diberikan taklimat tentang aktiviti kelab-kelab berkenaan. Setiap kelab mempunyai modus operandi tersendiri yang mana kelab-kelab ini sama ada kebajikan kanak-kanak, orang asli, atau masyarakat tempatan. Terdapat juga kelab yang menjadikan pengantarabangsaan sebagai objektif mereke yang mana mereka menekankan khidmat masyarakat di luar Malaysia seperti di Vietnam dan Kemboja. 

Banyak input yang diperoleh ketika lawatan ini berlangsung. Pihak CENSERVE tanpa segan silu menerangkan setiap satu program meraka yang telah mereka adakan sepanjang tahun. SCLC dan CENSERVE telah bertukar-tukar pendapat dalam mempelajari perkara baru ini yang mana pihak SCLC juga telah memberikan taklimat tentang aktiviti yang telah kami jalankan yang mana mempunyai prinsip yang sama dengan CENSERVE. 

Secara konklusinya, lawatan satu hari ini telah banyak membantu SCLC dalam menimba ilmu baru dan dalam merangka aktiviti yang berkesan untuk segenap masyarakat. Perkara ini wajar diteruskan dan perlu menjadi antara agenda penting dalam kelab-kelab yang mempunyai prinsip membantu masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada pengarah program, AMIRAH HANNAN BINTI AHIJMAN atas kejayaan program ini. 

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT, MENCARI KEREDHAAN ILAHI” 

Sekian daripada saya, Syahril Anuar Bin Harun selaku setiausaha program ini.

No comments:

Post a Comment