30 November 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Exco Kerohanian : Kesabaran



Bismillahirrahmanirrahim, 

Allah Ta’ala berfirman:


 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan: 200).

Kita selalu dengar, kawan kawan kita, orang sekeliling kita berkata. "Eh kesabaran aku ada hadnya." Hakikatnya benarkah kesabaran kita ada hadnya. Lupakah kita kepada ujian yang dihadapi Nabi Muhammad SAW kita sendiri? Bagaimana ujian dihadapi Baginda ketika berdakwah, menyebarkan agama Islam. Dikutuk, dicaci . 

Siapalah kita, jika hendak dibandingkan ujian yang kita hadapi dengan Baginda. Kita selalu lihat situasi, dalam kalangan kita yang menghadapi berbagai ujian memilih untuk meluahkan di twitter, facebook dan pelbagai laman sosial yang lain. Tidakkah kita sedar, bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk kita. Mendengar rintihan, doa hambanya. Tidakkah kita malu kepadanya?

Ketahuilah, ujian dan rintangan di dunia adalah satu kemestian. Kita semua pasti akan hadapinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT. 

Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh perlu ada pada diri kita sebagai seorang hamba. Kita hendaklah meletakkan diri kita supaya tidak berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segala ketentuanNya. 

Ini kerana setiap ujian itu ada sebabnya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi bernama Tsa’labah. Beliau menceritakan kepada Rasulullah SAW kemiskinannya dengan sedih dan hiba dan meminta Rasulullah SAW mendoakannya, agar menjadi kaya, supaya dapat dengan tenang mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Mulanya Rasulullah SAW menasihatkannya agar jangan menjadi kaya takut beliau tidak dapat menguasai hartanya dan menguasai nafsunya. Oleh kerana berkali-kali didesak oleh Tsa’labah, baginda pun mendoakannya untuk menjadi kaya seperti yang diminta dan memberikannya sepasang kambing sebagai modal. Setelah kaya raya Tsa'labah telah meninggalkan solat Jumaat dan beliau enggan membayar zakat. Akhirnya beliau mati kerana ditimpa penyakit termasuk semua kambing-kambingnya mati diserang penyakit. 

Banyak kelibahan orang yang sabar di mana saya ambil di ambil artikel ini

Di dalam al-Quran, banyak disebutkan kelebihan dan keistimewaan orang-orang yang bersabar. Salah satunya adalah orang-orang yang sabar akan masuk syurga tanpa dihisab. Firman Allah: 
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ 
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan balasan mereka dengan tanpa dihisab”. [Surah az-Zumar, ayat 10] 

Dalam riwayat tafsir mengatakan, suatu ketika malaikat terkejut apabila nampak sekumpulan manusia dan berkata “Hei kamu! Ke mana kamu nak pergi?” Mereka menjawab, “Kami nak masuk syurga.” Kata malaikat, “Tapi kamu belum dihisab.” Mereka berkata, “Ya, tapi kami sudah diperkenankan untuk masuk ke dalam syurga.” Malaikat bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan kamu terus masuk ke syurga tanpa dihisab?” Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang yang sabar dahulu ketika di dunia.” Wallahua’lam… 

p/s: Tafsir ini diringkaskan dalam bentuk tulisan dari kuliah tafsir yang disampaikan oleh Kiyai Haji Dr. Musthafa Umar, Lc.MA. (Ulama' Riau). 

Sehingga ini sahaja. Ketahuilah, jika kita hilang segalanya-galanya di dalam dunia ini, ingatlah, kita masih ada Allah SWT. Senyum selalu. :) 

Assalamualikum.



http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
AHMAD BASYIR BIN ABD KHALID
Exco Kerohanian Dan Kebajikan SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment