07 December 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Exco Teknikal Dan Logistik : Twitt Twitt, Twitt Twitt, SMS~



Mesti ramai yang akan heran dengan tajuk ni. Tapi tak apa, along the way insya-Allah kita akan sampai ke destinasi yang dituju. Tajuk tu saja nak bagi nampak catchy ja (tu pun kalau catchy la)... 

Nak sembang panjang-panjang, nanti orang termuntah pula nak baca. Jadi kita cuba la sedaya upaya untuk ringkaskan soal yang berkaitan. Tapi apa salahnya kan kalau kita baca lebih sikit untuk benda yang bermanfaat. Dapat tambah pengetahuan kita. Tapi ni baru mukadimah ja tau. Biasalah, mana ada buku yang tak ada cover *eh, betui ka?* 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam ceria. 

Jadi saya mulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-Quran yang saya petik dari surah adz-Dzariyat ayat 55 yang bermaksud: 
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (51:55) 


Jadi, apa yang dapat kita simpulkan dari ayat di atas? 

Ayat di atas menyeru kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain, atau bahasa mudahnya, saling menegur dan memberi peringatan kepada mereka di sekeliling kita. 


Tapi, apa yang nak diingatkan? Nak peringat suruh makan ka

Boleh juga nak peringatkan yang tu, tapi fokus kita atau lebih tepat dari segi konteks ayat di atas, kenalah bagi sesuatu peringatan yang baik dan bermanfaat kepada orang lain. Sebagai contoh kita ingatkan kawan kita supaya belajar ka, jaga kesihatan ka, jaga iman ka. Apa-apa saja peringatan yang boleh menjurus atau mendorong orang lain supaya melakukan kebaikan atau bermanfaat untuk orang lain. 


Oh, maknanya ni kira ayat yang bagi lesen untuk kita tegur kesalahan orang la?

Bukan la macam tu sangat. Tapi ayat ni lebih kepada menggalakkan kita memberi peringatan yang baik dan bermanfaat untuk orang lain dan juga diri kita dan bukan semata-mata menegur kesalahan orang saja. Tak semestinya orang dah buat salah baru nak diperingatkan. Kan mencegah tu lebih baik daripada merawat. Jadi, sebaiknya dalam mengaplikasikan ayat di atas, jangan la bagi peringatan "time" orang buat salah ja, nanti orang pun hangat. Nampak macam kita asyik nak cari kesalahan orang ja. Kalau kita pun mesti kita akan rasa kurang senang kan? 


Habis tu kalau dah macam tu, payah la. Dianjurkan supaya saling mengingatkan, tapi ada pulak pantang larangnya. Cemana ni? Ce cite ce cite... 

Hmm. Biasalah tu. Dengan adanya pantang larang tu la kita akan dapat nampak keindahan ajaran Islam tu sendiri. Islam bukan agama yang mengajar penganutnya untuk menyembah Allah semata-mata. Tapi Islam juga adalah agama yang menjaga hubungan sesama makhluk. Sebab tu la dalam Islam ni banyak adab-adab, sebab Islam ni adalah agama yang nak latih kita jadi orang yang menghormati orang lain, berdisiplin dan bersopan santun. Kita pun mesti tak suka kalau orang menegur atau memperingatkan kita mengenai sesuatu kebaikan, tapi cara atau mekanisme orang tu buat kita sakit hati. Mesti kita pun payah nak terima apa yang orang tu cakap. Sebab tu la ada strategi dan kaedah-kaedahnya kalau kita nak bagi peringatan kat orang lain supaya lekat kat hati orang tu. 

Pulak dah. Macam perang la pulak nak berstrategi bagai. Apa strateginya? 

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu ..." [Surah Ali 'Imran (3):159] 

Ayat di atas dengan jelas dah bagi tips yang boleh kita gunakan iaitu berlemah-lembut. Berlemah-lembut tu bukan la bermakna kita ni pengecut ka, lemah ka. Tapi bila kita berlemah-lembut ni nampak la yang kita hormat orang tu. Insya-Allah, akan berkesan apa yang kita sampaikan kat orang lain. 

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud: 
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [Surah an-Nahl (16):125] 

Berdasarkan ayat ni pulak, kita dianjurkan untuk sentiasa berhikmah dalam memberi peringatan ataupun teguran. Hikmah tu bermaksud bijaksana. Jadi kita kena bijak dari segala aspek, contohnya macam dari segi perkataan yang kita nak gunakan, "timing" yang betul, nada, dan lain-lain lagi. Selain tu, antara aspek penting yang kita kena titik beratkan ialah elakkan dalam kita nak bagi peringatan tu sampai boleh mengaibkan orang lain. Sebolehnya carilah ruang atau masa yang sesuai supaya kita dapat memelihara maruah orang lain. 

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: 
 “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim) 

Jadi, itulah serba sedikit perkongsian yang dapat saya berikan. Segala kekurangan, kesilapan atau ketelanjuran dalam penulisan saya adalah kerana kelemahan diri saya sendiri dan segala yang baik tu sememangnya datang dari dan milik Allah. 

Saya akhiri penulisan saya dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: 
"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan" [Surah al-Ghasiyaah (88):21] 

Sekian. Wassalamualaikum.


http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
KHAIRUL HAZWAN RASHID BIN MOHD REDDUAN
Exco Teknikal Dan Logistik SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment