Wan Nashitah Binti OthmanPresiden SCLC 2013/2014
'Keluarga' - Satu perkataan yang terlintas di fikiran selepas saya pertama kali menyertai program Solat Hajat dan Potluck SCLC, kira-kira tiga tahun lalu, iaitu sewaktu saya baru mendaftar sebangai pelajar semester 1 Asasi Undang-Undang. Keramahan senior mengajak saya untuk terus-menerus menyertai program anjuran kelab ini.
Malah, saya masih ingat salah seorang senior SCLC, Kak Hidayah Yazid yang ketika itu pelajar semester 5 BLS bertanya tentang pelajaran malah membantu kami yang terkapai-kapai menyiapkan assignments. Saya akui berasa terharu dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk mereka. Hubungan sesama kami bukan sekadar senior-junior untuk program kelab semata-mata, tetapi sebagai sahabat terbaik yang saling bantu-membantu dalam setiap aspek kehidupan.
Program-program SCLC juga telah mengajar saya erti perkongsian, saling memberi, ikhlas dan volunteerism. SCLC telah menjadi medium untuk saya memperoleh pengalaman baru yang mana melalui program-programnya, saya mengunjungi Sekolah Henry Gurney, menjadi anak angkat di Kampung Pasir Salak, beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim Rohingya malah menjadi salah seorang penggerak program-program tersebut. Ilmu dan pengalaman yang ditimba serta kepuasan yang diperolehi menjadikan saya terlalu sayang kepada kelab ini.
Saya harap amanah yang diberi kepada saya untuk memegang jawatan tertinggi dalam SCLC telah saya laksanakan dengan sebaik-baiknya. Saf kepimpinan ke-8 yang lalu, alhamdulillah, masih meneruskan legasi SCLC yang sentiasa menyumbang bakti kepada komuniti dengan semangat sepasukan dan kekeluargaan. Family, Ohana, Usrah, Pamilya, Famille, Familia dan Keluarga ialah perkataan yang dipilih untuk menghuraikan hubungan di antara ahli dan semoga jalinan ini berkekalan. #tilljannah
Thanks for all the greatest moments. My life is colourful with experience, knowledge and love from SCLC's family. Good luck for SAF 9, all of you are the best and have been chosen to continue the SCLC's legacy to serve the community. I will always by your side to help and be with you during your hard times, because that is the purpose of being a family. -- How lucky I am to know someone who was so hard to say goodbye to.
Wallahualam.