28 December 2013

Dari Meja Exco Keusahawanan : Final Exam, DO OR DIE.

“I just came back from the library to find out that the whole block was empty. Where is everyone I asked myself. All the doors are shut. No one was around. It was like in one of those scary movies where there’s a neglected hostel, and a group of brave boys going in and no one comes out alive. “This can’t be it! Am I in a movie?” Suddenly, out of nowhere, I heard people whispering. “Oh my God, is someone trying to bomoh me?” said my inner self shaking and hiding behind the bushes in my mind.

That sound kept on going. I even heard someone saying “according to section 3.” What is the ghost doing with an act? Are there lawyers in ghost town? My palms are all sweaty. Felt like running but then, I heard someone screaming, “ahhhh dakwat habis!” Oh that was a relief. The block was never empty. Everyone was just in his or her room studying because final exam is just around the corner. And the whispering were just some students memorizing their notes.”


I am pretty sure that most of you had gone through this situation except for the whole dramatic empty block thingy. What I meant about “gone through” is based on the situation where everyone is on their study mode yet you are still in your “you-only-live-once” zone then you get all stressed out because you have not started anything. This happens to a lot of students but unfortunately; some think that committing suicide would lessen their burden.


21 December 2013

Dari Meja Exco Keusahawanan: Takdir? Ke Syurga @ Neraka?


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Korang pernah dengar tak pasal takdir pengakhiran seseorang manusia itu telah ditetapkan oleh Allah? Rasanya korang pernah dengar kot sebab korang semua ni bijak2-bjiak belaka. Hehehe. Tapi aku nak share juga dengan korang pasal topik ni sbb aku rasa topik ni menarik. Maksud pengakhiran tu maknanya sama ada kita akan ke syurga ataupun neraka telah ditetapkan oleh Allah, sejak kita belum lahir dekat muka bumi ni lagi. 

Dari Ali R.A berkata, “Kami duduk bersama Nabi Muhammad S.A.W & beliau sedang membawa tongkat sambil digores-goreskan ke tanah seraya bersabda, ‘Tidak ada seorang pun di antara kalian kecuali telah ditetapkan tempat duduknya di neraka atau pun syurga.’ (HR Bukhari & Muslim) 


14 December 2013

Dari Meja Exco Teknikal Dan Logistik : Life Is But A Dream



Assalamualaikum wbt :)

What does the heading above implies? Secara ringkas, hidup bukanlah satu mimpi di mana segalanya terletak di tangan ‘the dreamer’. Hidup penuh dengan cabaran yang perlu dilalui. 

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan ALLAH SWT? Ingatlah, bahawasanya pertolongan ALLAH SWT itu hampir tiba." ~Surah al-Baqarah ayat 214~ 

I think despite varieties of beliefs, it is universally acknowledged that life is like a moving wheel. Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang pula kita dibawah. There will be no one that is not tested in life, in one form or another. Setiap kehidupan seorang manusia akan diuji atau diberikan cabaran. 


07 December 2013

Dari Meja Exco Teknikal Dan Logistik : Twitt Twitt, Twitt Twitt, SMS~



Mesti ramai yang akan heran dengan tajuk ni. Tapi tak apa, along the way insya-Allah kita akan sampai ke destinasi yang dituju. Tajuk tu saja nak bagi nampak catchy ja (tu pun kalau catchy la)... 

Nak sembang panjang-panjang, nanti orang termuntah pula nak baca. Jadi kita cuba la sedaya upaya untuk ringkaskan soal yang berkaitan. Tapi apa salahnya kan kalau kita baca lebih sikit untuk benda yang bermanfaat. Dapat tambah pengetahuan kita. Tapi ni baru mukadimah ja tau. Biasalah, mana ada buku yang tak ada cover *eh, betui ka?* 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam ceria. 

Jadi saya mulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-Quran yang saya petik dari surah adz-Dzariyat ayat 55 yang bermaksud: 
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (51:55) 


03 December 2013

Benchmarking to UIA

Pepatah dahulu pernah berkata, ‘tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’. Dari sini kita boleh faham bahawa menuntut ilmu itu penting dan kita digalakkan untuk mengembara dalam pencarian ilmu di dunia ini. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi kita umat manusia kerana hal ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan banyak masalah yang timbul. Dengan itu, SCLC UITM telah merangka satu ‘field trip’ ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam usaha menambah pengetahuan untuk membantu masyarakat majmuk. 

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah banyak menambah pengetahuan ahli-ahli SCLC dalam usaha kami berkhidmat untuk masyarakat. Diadakan pada hari Ahad, 1 Disember 2013, dengan kerjasama CENSERVE UIAM, SCLC telah bergerak ke Gombak untuk lawatan sambil belajar ini. Kami telah disambut dengan mesra oleh salah seorang ahli CENSERVE dan beliau juga membawa kami meninjau beberapa fakulti di universiti tersebut. Selepas 10 minit ‘sight-seeing’ kami di bawa ke bilik operasi mereka yang menempatkan setiap satu kelab di bawah persatuan ini. 

Kelab-kelab tersebut disatukan bawah satu bumbung bagi memudahkan mereka beroperasi dan menyenangkan pentadbiran. Setiap satu kelab tersebut mempunyai struktur pentadbiran sendiri yang bernaung di bawah CENSERVE. Kami telah diberikan taklimat tentang aktiviti kelab-kelab berkenaan. Setiap kelab mempunyai modus operandi tersendiri yang mana kelab-kelab ini sama ada kebajikan kanak-kanak, orang asli, atau masyarakat tempatan. Terdapat juga kelab yang menjadikan pengantarabangsaan sebagai objektif mereke yang mana mereka menekankan khidmat masyarakat di luar Malaysia seperti di Vietnam dan Kemboja. 

Banyak input yang diperoleh ketika lawatan ini berlangsung. Pihak CENSERVE tanpa segan silu menerangkan setiap satu program meraka yang telah mereka adakan sepanjang tahun. SCLC dan CENSERVE telah bertukar-tukar pendapat dalam mempelajari perkara baru ini yang mana pihak SCLC juga telah memberikan taklimat tentang aktiviti yang telah kami jalankan yang mana mempunyai prinsip yang sama dengan CENSERVE. 

Secara konklusinya, lawatan satu hari ini telah banyak membantu SCLC dalam menimba ilmu baru dan dalam merangka aktiviti yang berkesan untuk segenap masyarakat. Perkara ini wajar diteruskan dan perlu menjadi antara agenda penting dalam kelab-kelab yang mempunyai prinsip membantu masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada pengarah program, AMIRAH HANNAN BINTI AHIJMAN atas kejayaan program ini. 

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT, MENCARI KEREDHAAN ILAHI” 

Sekian daripada saya, Syahril Anuar Bin Harun selaku setiausaha program ini.

02 December 2013

Program Eksplorasi Berkayak Bersama Student Community Law Club (SCLC)

Assalamualaikum semua! Saya Nur Ainaa akan sekali lagi melaporkan bagi program SCLC seterusnya.

Pada 30 November 2013 pula, SCLC telah berjaya menganjurkan sebuah program baru yang diberi nama Program Eksplorasi Berkayak Bersama Student Community Law Club (SCLC) bertempat di Tasik Seksyen 2, Shah Alam.



Program ini merupakan program satu hari dan salah satu dari usaha SCLC menggabungkan pengajaran undang-undang dengan aktiviti sukan dan rekreasi.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan sukan berkayak kepada warga UiTM dan memfokuskan salah satu teras utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang melalui aktiviti sukan dan rekreasi.



Volunteerism Expo : ‘Heroes Among Us’

Pada 28 - 29 November 2013, untuk pertama kalinya, Student Community Law Club (SCLC) telah berjaya menganjurkan program ‘Volunteerism Expo’ selama dua hari di Fakulti Undang-Undang dan di Dewan Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.



Majlis Pelancaran oleh Dr Haswira 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang isu kesukarelawanan kepada individu yang berminat selain menyediakan peluang kepada individu yang berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarela dalam komuniti.