Salam semua, mingu ini tibalah pula giliran saya untuk berkongsi sedikit isu semasa yang berlak. Saya tertarik untuk berkongsi sedikit isu mengenai pelajar perempuan yang sering melarikan diri mengikut lelaki yang tidak dikenali atau baru sahaja mereka kenali.
Kebanyakan pelajar perempuan yang terlibat adalah dalam lingkungan umur antara 12 tahun hingga 19 tahun. Mereka mengenali lelaki tersebut selalunya melalui media sosial seperti facebook, twitter mahupun instagram.
Secara jujurnya, saya sendiri tidak faham mengapa para pelajar perempuan terutamanya, sangat mudah mempercayai lelaki yang baru sahaja mereka kenali. Juga, apakah tujuan mereka mengikut lelaki yang tidak dikenali sehingga sanggup mengikut mereka untuk pulang ke rumah?
Implikasinya, kebanyakan isu tersebut berakhir dengan kes yang lebih berat seperti mereka dirogol, dijual kepada bapa ayam, mahupun dijadikan hamba seks dan ada juga yang dijadikan keldai dadah.
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya isu tersebuat ialah berpunca dari pergaulan bebas yang tidak dipantau oleh ibu bapa, kurang kesedaran mengenai kepentingan masa depan dan juga kurang kasih sayang daripada keluarga.
Ibu bapa seharusnya tahu setiap tindak-tanduk anak-anak mereka seperti ke mana mereka pergi, pukul berapa mereka balik dan juga dengan siapa mereka berada pada setiap masa. Tetapi apa yang penting selain dari pemantauan ibu bapa ialah sikap kesedaran yang ada dalam diri pelajar ini masing-masing.
Kesimpulannya, para pelajar haruslah bijak menilai yang mana adalah baik dan yang mana adalah buruk. Pelajar harus ingat bahawa perjalanan hidup mereka masih lagi jauh dan isu seperti ini akan memberi kesan negatif terhadap hidup dan masa depan mereka.
No comments:
Post a Comment