21 September 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Timbalan Presiden : Of Leadership & Knowledge



Assalamualaikum & hello everyone! :)

“If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of paradise.” 

Orang selalu kata, ilmu tu ada dekat mana-mana. Carilah ilmu itu selagi kita masih hidup. 

So, hello semua! Pejam celik pejam celik, dah habis pun minggu kedua semester ini. 

How’s life been treating? Hope each of you is doing well! 

Minggu lepas kita dah dapat info tentang Hak Asasi Kanak-Kanak daripada Cik Presiden kita. So minggu ni kita nak kongsi topik yang ringan sikit. 

Attending law school is of course not easy as it seems! Wearing black and white is cool but the fact that we got lots of assignment, cases & books to be read, well not so cool. 

Most of us will end up stuck in the library and not going elsewhere. It’s a big loss to you. Masa belajar ni lah nak kena explore banyak benda baru. Belajar penting, tapi kalau 24/7 belajar non-stop pun otak penat juga. Cari ilmu di kelas dan cari ilmu di luar kelas. So, kena balance lah. Macam mana nak balance tu? 

Well, LET SCLC HELP YOU! :D 

Let us show you how. 


It’s not that we can offer you much, but there are lots of interesting activities that we do. We try new things, we discover new place and the best part is we travel! Yay! 

SCLC will bring you closer to society. We will bring you to places that you never thought of going. You’ll get to meet different types of people from different background. You’ll improve on your soft skills! You’ll create good networking. You’ll get to know yourself better. And the most important thing is, you’ll learn to be grateful for what you have now. 

So, In what way will these help you? FOR YOUR FUTURE! 

Yes, your future. Dah bersediakah anda untuk berhadapan dengan dunia luar? ;) 

Di SCLC, anda akan diasah dari segi kepimpinan, cara berhadapan dengan masalah & cara mengatasinya. Dengarnya macam mudah kan? Tak mudah nak jadi orang yang memimpin dan tak mudah nak jadi orang yg dipimpin. Semuanya memerlukan komitmen & tanggungjawab.
“Hadis Ibnu Umar r.a. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w berkata: baginda telah bersabda: kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin ” 

“Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin” – Deep! Dalam maksudnya. Saya mula di SCLC dengan niat saja suka suka. Tapi di sini saya telah dibentuk, diajar dengan pelbagai benda. Saya dilatih untuk bertanggungjawab untuk sesuatu yang saya buat. Apa yang best pasal SCLC adalah SCLC memegang konsep family sebagai asas organisasinya. Seorang susah, semua susah. Seorang jatuh, semua jatuh. So we share the burden together. 

Tak ada istilah, kau betul kau sorang je betul. SCLC adalah tempat untuk belajar & buat salah. Bila salah, kita tolong betulkan. Kami salah, anda betulkan kami. Manusia mana pernah sempurna, di SCLC, setiap ketidaksempurnaan sesorang adalah nadi kami untuk belajar untuk terus menjadi yang lebih baik. 
Surah Az-Zumar ayat 9, tafsirnya: "Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." 

Throughout our activities, kami akan sama sama bantu anda selagi mana kami boleh bantu. Kami akan cuba memberikan & berkongsi ilmu yang kami ada untuk anda antaranya adalah ilmu kepimpinan, ilmu berjual beli, ilmu kesukarelawanan dan ilmu undang-undang! Fuh. Bunyi hebat je. Hihi. Ilmu-ilmu ini juga kami sendiri pelajari melalui program program yang telah kami lakukan. Insya Allah, we’ll try our best to share what we know with you. 

SCLC akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik semester ini. Kami akan membawa anda lebih dekat dengan masyarakat, untuk selami dan hayati kebahagiaan keperitan dan kesusahan mereka untuk meneruskan kehidupan. SCLC akan membawa anda melihat dunia luar yang sebenar. So, dekat sini banyak ilmu yang anda akan dapat. Rugi kalau anda lepaskan peluang untuk sertai kami! 

We can’t provide you fame or wealth but we can give and share the knowledge. Setiap satu benda yang anda pelajari dalam SCLC , insyaAllah akan berguna untuk persiapan anda untuk berhadapan dengan dunia luar habis belajar nanti. 
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير 
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

If not now, when? Jom sertai SCLC! 

Your journey begins here! 

We’re looking forward to meet new faces & get new ideas from you for our upcoming program!

#SCLCWeAreFamily :)


http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
AZZAHRA BINTI ROSLEE
Timbalan Presiden SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment