Salam & hai! Saya lagi ni, Fatin Syamimi. Ha belum habis lagi.
Esoknya (lepas habis je teambuilding) kami ada meeting KPO pula.
Bagi menjayakan sesuatu program, perancangan dan
kajian yang teliti haruslah dilaksanakan untuk memastikan kelancaran
program-program tersebut. Lantaran itu, barisan exco SCLC 2013/2014 telah
mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada 5 hingga 6 September 2013 di
Bilik Seminar 1 Auditorium, Fakulti Undang-Undang.
Semasa kursus ini, para exco
yang baru dilantik telah didedahkan dengan asas – asas dalam pengurusan,
pentadbiran dan pelaksanaan program serta teknik-teknik membuat kertas kerja..
Di samping itu juga KPO merupakan tempat dimana setiap exco akan membentangkan cadangan projek kepada Majlis Tertinggi Kepimpinan SCLC, barisan alumni dan pensyarah penasihat kelab untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian program tersebut dengan matlamat SCLC.
Antara peranan lain KPO ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama exco yang baru
sahaja dilantik. Ini adalah kerana, tanpa ukhwah yang erat terjalin sesama ahli
adalah sukar untuk menjayakan sesuatu program bagi mencapai objektif yang dikehendaki.
Okay, okay. Saya tahu anda penat mendengar saya membebel. Maka, biarkan gambar berbicara.
No comments:
Post a Comment