Banner rasmi SCLC. Yeay! |
TARIKH : 21 SEPT ~ 22 SEPT 2013
TEMPAT : PANTAI SRI PURNAMA, PORT DICKSON
Salam & HAI UOLLS! Kembali lagi bersama saya Amy The... (Remind me to get a nickname after this ey.) Alhamdulillah, program rasmi pertama SCLC bersama warga Fakulti Undang-Undang berjalan dengan jayanya. Yippi!!! Alhamdulillah.
Program ini diberi nafas baru kerana namanya telah diubah dari Aloha kepada Ohana. Ohana ni bermaksud FAMILY :) Matlamat program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kami, warga Fakulti Undang-Undang. Oleh sebab itulah kami memilih pantai supaya dapat mengenali satu sama lain dengan cara yang lebih santai dan untuk melupakan buku buat seketika. Hahaha.
Ramai juga peserta yang mengikuti program ini. Kami warga SCLC mengucapkan selamat datang kepada wajah-wajah baru yang menyertai Ohana. Tanpa membuang masa, saya akan terus membawa para pembaca blog ini ke Port Dickson.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk merekrut ahli-ahli baru SCLC dengan memperkenalkan latar belakang SCLC serta tiga tunjang utama SCLC iaitu kesukarelawan, pengajaran undang-undang serta keusahawanan sosial.
Selain
daripada itu, program seumpama ini menjadi medan untuk mengeratkan hubungan
antara ahli baru dan lama. Malahan,
penganjuran program ini bertujuan untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti SCLC
yang telah dirancang dan boleh mereka sertai pada masa akan.
Selain menjadi peserta, ahli-ahli baru ini juga turut berpeluang untuk menimba pengalaman yang menarik dengan menjadi sebahagian daripada AJK dalam program-program yang akan datang.
Program 2 hari 1 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Explorace, Campfire dan Barbeku.
Semangat serta daya kreativiti yang ditunjukkan oleh para peserta sangat mengagumkan. Seramai 60 orang peserta dan AJK serta seorang pegawai pengiring telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.
Sabtu, 21 September 2013:
Kesemua peserta dan AJK program berkumpul di fakulti jam 8 pagi untuk pendaftaran.
Ha daftar daftar. |
Ini akak manis jaga itu kaunter pendaftaran la~ |
Kami semua diberikan nasi lemak dan teh ‘o’ for breakfast. Serius, nasi lemak tu sedap! Lepas makan, peserta mendaftarkan diri, mestilah kena daftar, kot lah tiba-tiba bilangan peserta lebih banyak dari name list~ Seram uollssss. Hahaha.
Ini antara wajah-wajah ceria sebab dapat makan nasi lemak free. Hahaha.
Haaa, tengok ni. Terbeliak mata kawan kita ni sebab dapat nasi lemak free. Hehehe. |
Ok kita tutup cerita bab sarapan. Banyak lagi kisah yang menanti para pembaca!
Jom kita teruskan perjalanan kita ke Port Dickson!
Trip kami ke Port Dickson diiringi oleh kak Manja yang sememangnya manja. :)
Peace kak Manja ! Thank you kak Manja sebab sudi bersama kami ke PD. We love you lah Kak Manja! |
Selesai sarapan dan pendaftaran para peserta. Apa lagi, moh la kita gerak!
Bila bas sudah di depan mata, semua orang tiba-tiba menjadi excited dan mula beransur untuk naik bas. Kami warga SCLC pun tak terkecuali. Hahaha.
Ini antara gambar candid yang sempat diambil dalam keterujaaan semua untuk naik bas. Hahaha.
Ohhh~ Balik kampung~~ Eh! |
YEAHHH! |
Ini naib presiden SCLC….. Kak Azza :) Hai Kak Azza, senyum sikit :P
|
Ini pula antara gambar-gambar peserta yang sporting2 belaka!
Smile everyone! :) :) :)
Senyum, tak perlu kata apa-apa…
|
Let’s SWAG~ |
Setibanya kami ke destinasi, kami di sambut dengan alunan deruan ombak yang menghempas pantai. Gitu…Maka, level keterujaan secara automatic INCREASING!
Kami berehat sehingga jam 2 petang. Bagi fefeelings survivor, kami tidak tidur di hotel mahupun chalet! Kami tidur di… Jeng jeng jeng!
Yup, that’s right! KHEMAH!!!! Ada berani? |
Sebelum itu, mereka diberikan sedikit taklimat tentang aktiviti dan juga diingatkan agar berhati-hati oleh Abang Alifff :)
Para peserta diberikan headband dan dikehendaki menulis nama di atasnya mengikut warna kumpulan masing-masing. Contohnya seperti ini. Macam-macam fashion kain itu digayakan. Stailista atau opps?
Yang ini opps! :P |
The best part is, we had barbecue for our dinner! Sedap sehingga menjilat jari. Maka, beberapa masterchef pun mula menunjukkan skill masing-masing. Beraksi! Semua tak mahu mengalah.
Lepas je makan barbeque, kami memulakan aktiviti malam yang diberi nama 'Dark Target'. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat sejauh mana mereka bekerjasama dalam satu kumpulan sambil memperkenalkan 3 teras utama SCLC iaitu legal teaching, volunteerism & social entrepreneurship.
Dark Target berakhir kira-kira jam 11 malam. Selesai sahaja modul ini, kita ada SURPRISE birthday party for September babies! Happy birthday guys and girls!
Ahad, 22 September 2013:
Kringggggg~~~ Bangun pagi~ Gosok gigi~ Cuci muka~ ..... *Tak ingat lirik. Krik krik.*
Kami bangun seawal jam 6 pagi untuk memulakan pengembaraan. Sebelum itu, solat Subuh dulu ya semua. Solat tu kan tiang agama. ;)
Pabila sinaran matahari mula menyinari alam (syahdu la pula), kami mulakan hari dengan aerobic! Mula-mula kita kasi warm up dulu. Lepas tu, kita gerak setempat pulak. Then, let'ssss PUT YOUR HANDS UP PEOPLE!
Dah berpeluh, mesti perut pun berbunyi punyalah. Jom makan! Alhamdulillah, so far makanan kami tak pernah kurang. SCLC sangat mementingkan makanan. Nama lain kelab kami adalah kelab makan-makan. Saya masuk SCLC pun sebab nak makanlah sebenarnya. Hehe :P Just kidding.
Lepas makan, perut pun dah kenyang, apa lagi… LAUT kami datang! Seranggggggg!
Eh, lupa pula nk perkenalkan pengarah program Ohana kali ini. Kak Aishah Pattali a.k.a. Kak Chot!
Terima kasih Kak Chot sebab bawa kami mandi pantai. :)
Akhir sekali, majlis penutup. Semua pun dapat hadiah. Yeah yeah!
Sebelum berangkat pulang ke Shah Alam, kami bergambar beramai-ramai. Inilah keluarga baru SCLC! Selamat datang semua! :D
Maka tamatlah sudah pengembaraan kita ke Port Dickson. Saya mewakili AJK SCLC ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang perjalanan program ini dijalankan. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Yang buruk itu datangnya dari pihak kami sendiri, dan yang baiknya itu dari Ilahi.
Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan saya kali ini.
OHANA…
Nobody gets left behind... Welcome to our family! :D
Bagi mendapatkan gambar dan video OHANA, sila ke FB Fan Page SCLC.
No comments:
Post a Comment