07 September 2013

Pin It

Widgets

SCLC Team Building!

Hello everybody!

Bermula dari 2 September sampai 4 September yang lepas, SCLC telah mengadakan program Team Building untuk saf kepimpinan SCLC yang ke 8, maka bercampurlah exco-exco yang baru dan yang lama. 

Ada gaya penulisan karangan Bahasa Melayu tak? Woha!

Sebenarnya Team Building ni adalah aktiviti wajib setiap penggal baru bagi menghubungkan silaturahim antara exco baru dan lama yang sekian lama terpisah. Sekian lama terpisah? Acah-acah balik kampung beraya lah konon?

Okay, merepek. Ada baiknya mari kita teruskan dengan laporan Team Building tadi. 

Kali ini, seperti tahun sebelumnya kami cuti-cuti team building di Pulau Pangkor, Perak. Banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik dan modul yang awesome diadakan untuk membina ukhwah antara kami serta menyediakan diri masing-masing, exco baru terutamanya, untuk memikul jawatan yang diberikan pada penggal ini.



Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan ukhwah di antara  ahli-ahli jawatankuasa SCLC yang baru dilantik sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu sebagai persediaan SCLC dalam menganjurkan program pada masa akan datang. 





Selain itu, program ini membolehkan ahli-ahli SCLC menghayati tiga tunjang utama SCLC iaitu kesukarelawanan, pengajaran undang-undang serta keusahawanan social dengan lebih mendalam.




         
Program 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti variasi modul latihan dalam kumpulan, survival mission dan barbeku. Seramai 40 orang peserta dan seorang pensyarah pengiring, Encik Ismail Badiuzzaman telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Modul-modul dirancang oleh barisan alumni SCLC sendiri yang telah bertindak sebagai fasilitator-fasilitator program.   

Ya, ya. Saya tahu anda bosan melihat tulisan sahaja. Nah gambar.

Sir Mail yang segak bergaya! hoyeah!

Kami sedang menunggu feri :D

Perjalanan ke tempat menginap. Comel kan naik van pink? hewhew.


Okay, selepas dah sampai, simpan barang di bilik masing-masing, solat dan sebagainya, bermula lah modul pertama kami. Waktu ini adalah sesi perkenalan. Semua benda nak tahu. Nama, tempat tinggal, makanan kegemaran, minuman kegemaran, perkara pahit manis dalam hidup, masam, masin, payau semualah!









Serius, sesi ini agak kelakar. Telatah masing-masing, hmm tak payah habaq lah. Oh lupa! Tempat kami menginap di sana adalah di Kem Raudhah. Sesuai untuk mengadakan seminar, kem motivasi, dan sebagainya sebab tersedia dewan berkumpul, surau, dan tempat nya saaaaangat lapang!

Pada hari kedua, di jadualkan waktu pagi itu kami akan ber-jungle trekking. Malangnya pakcik yang sepatutnya guide kami ke hutan jatuh sakit. Innalillah. Doakan kesejahteraan pakcik itu ya.

Tapiiiii aktiviti kami digantikan dengan... *drumrolls* Snorkeling!!

Frust tak dapat jungle trekking. *Koff koff*

Muka-muka excited nak snorkeling

Our beloved Sir Mail with Kay!









Lepas 4 jam ber-snorkel, diulangi, 4 jam ber-snorkel, kami pun pulang ke Kem Raudhah. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai runcit dan tadaaa! Sir Ismail belanja kami aiskrim. Terima kasih Sir, jasamu kami kenang. *wipe tears*

Semua pakat-pakat ambik Cornetto
Petang itu, kami ada modul survivor, dan pada waktu malam nya BBQ! Al-maklumlah, sepanjang petang berpenat lelah berjalan sekitar pekan Pangkor, haruslah lapar kebulur.

siang ikan kak, bukan camwhoring :P



Keesokan paginya, kami mandi pantai buat kali terakhir. Sobs. Tapi sebelum itu, haruslah selesaikan modul terlebih dahulu.


 

 Inilah dia modul kami di pantai, membina istana pasir yang paling pelik dan out of the box gituhh.

nampak macam kapal pun ada, macam iron pun ada kan?

 Kami perlu persembahkan istana pasir ini, relevan serta fungsinya sebagai lambang SCLC kepada faci!
Good job to everyone, the facilitators love it!

Dan ini, aktiviti terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Shah Alam. Pemberian amanat dari senior-senior. Sedih! Sampai ada yan menangis-nangis. Jaga SCLC baik-baik ya semua.



Ucapan dari pensyarah pengiring kami, pada majlis penutup.


Dah packing barang, naik van, vroom vroom! Kami di bawa melancong ke seluruh pulau!






 Sekian untuk Team Building!

Sekian sahaja dari saya, Nor Fatin Syamimi selaku Exco Multimedia Dan Informasi yang baru juga selain Amy. ;P

No comments:

Post a Comment