Bismillah.
Persahabatan… Cinta... Keluarga… Semua perkataan ini ada kaitan. Tapi apa ek? Ha... Perasan tak semua perkataan ini ada kaitan dengan hubungan antara manusia? Bila ada hubungan dengan manusia, ada turun naik betul tak? Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, kadang-kadang marah. Semua ada kan? Sebab apa boleh wujud semua ni padahal kita kan rapat? Hmmm…agaknya kenapa ek? Sebabnya, pada pendapat hamba yang rendah diri ni la (rendah sangat nih huhuh) sebab manusia itu tak sama. Semua orang ada sifat dan sikap tersendiri, ada bagus, ada tak bagus. Dan itulah yang menjadikan diri seseorang itu istimewa!
“You are special just the way you are!” – Mister Rogers
Tapi... Itu bukan alasan untuk kita terus kekal dengan sikap dan sifat diri kita yang tak bagus tu.
“Itu bukan alasan dik…” – Kak Tokie, super senior SCLC.
Sebab semuanya terletak di hati kita untuk cuba ubah diri kita. Sebab kadang-kadang kita ego dengan diri kita dalam persahabatan, dan akhirnya ada kawan kita yang sakit dengan cara kita, sama ada kita sedar atau tak sedar. Kadang-kadang kita biarkan ego kita menguasai kita sampai kita lupa di depan kita tu adalah kawan kita, yang selalu bersama kita susah senang. Kadang-kadang, kawan kita pun bila menghadapi situasi macam tu, egonya terus naik, lalu jadi la perang sivil antara kawan, sampai aura kesan perang tu dapat dirasai oleh kawan-kawan yang lain. Aduh! Stress juga bila kawan-kawan lain tengok suasana macam tu! Nak sokong siapa? Nak bantu siapa? Nak berpihak pada siapa? Macam mana nak damaikan diorang ni? Hahaha... Rasanya semua orang pernah duduk dalam semua situasi ni kan? Sebagai orang yang terlibat dalam perang, dan sebagai orang yang menyaksikan perang tu, betul tak?
Tapi benda ni, lama atau sekejap, akan settle juga kan? Tapi dalam proses nak aman balik tu, masyaAllah, rasa macam-macam kan? Jadi macam mana nak selesaikan semua ni? Senang saja, jatuhkan ego kita macam apa yang Dr Muhaya cakap.
Di sekeliling kita, ada banyak kepala. Ada banyak pemikir. Ada banyak hati. Jadi bila kadang-kadang terjadi masalah tu, semua orang kena berlapang dada. Selesaikan tanpa ego. Tapi masalah selalu timbul bila tak ada kesefahaman. Tak ada permuafakatan. Dan ego itu diletakkan di atas sebagai senjata kita. Senjata untuk pertahankan diri yang semua kita buat adalah betul. Semua yang orang lain buat itu salah. Dan ini adalah satu masalah!
“Bezakan EGO dan MARUAH.“– Dr Muhaya.
Kata-kata di atas adalah kesimpulan besar dalam kisah yang akan saya ceritakan nanti. Ia kisah yang saya baca dalam buku bertajuk Padanya Ada Hikmah nukilan Prof Dr Muhaya dan Bahruddin Bekri. Ceritanya begini.
Ia mengisahkan tentang seorang doktor pelatih yang sedang merawat pesakit. Tapi pesakit itu memaki hamun dia dan menuduh dia seorang doktor palsu dan tak tahu merawat sebab dia masih lagi doktor pelatih. Tapi dia hebat! Dia senyum pada pesakit itu dan berlalu pergi. Dia ke surau dan menangis teresak-esak. Tanpa dia sedar, pensyarahnya tengah tengok peristiwa itu sejak tadi lagi. Pensyarah itu mengucapkan tahniah sebab dia bersabar melayan kerenah pesakit tadi. Dan pensyarah itu juga memberi nasihat, lakukan semuanya dengan niat kerana Allah.
“Niat kamu sudah betul, niat lakukan kerana Allah. Tetapi, niat itu perlu dihayati dalam hati, bukan hanya dihafal dalam kepala,” kata pensyarah itu.
Doktor pelatih tu bertanya, macam mana nak hayati dalam hati? Pensyarahnya menjawab, sentiasa ingat yang kita hanyalah hamba yang lemah. Bila kita sedar kita lemah, kita akan buang ego kita secara automatik. Kita sedih sebab kita ego. Tapi kita tak cakap ego kita yang jatuh. Kita cakap maruah kita yang jatuh. Jatuh sebab dimaki pesakit. Padahal ego kita yang jatuh sebenarnya!
Doktor itu bertanya, apa bezanya ego dan maruah? Maruah itu adalah harga diri kita dengan Allah. Bagaimana kita mempertahankan agama Allah, bagaimana kita menjadi hambaNya yang baik. Itulah maruah. Kalau kita dimaki dihina, kita tak kan terasa marah atau sedih sebab kita sudah menjaga maruah kita dengan Allah, dan kita sedar kita sebagai hamba yang lemah sentiasa melakukan kesilapan.
Dari kisah di atas, kita belajar bagaimana nak bezakan ego dan maruah. Dalam hidup kita, bila berlaku perselisihan faham, kadang-kadang kita akan jadi marah. Jom tanya hati balik, itu ego ke maruah? Kenapa kita nak marah? Adakah kita betul dan dia salah? Atau kita pun ada juga salahnya tapi ego kita tak mahu mengaku?
Memang susah nak menjaga semua orang, sebab semua orang lain sikap dan sifatnya. Tapi itu tak bermakna kita tak patut berusaha untuk cuba yang terbaik dalam menjaga orang lain. Saya tak bermaksud kita kena terima sikap dan sifat buruknya, tapi saya maksudkan kita kena berusaha untuk cuba yang terbaik dalam menjaga orang lain. Macam mana tu? Dengan membantu kawan kita juga untuk jadi lebih baik dalam membuang sifat dan sikap yang tak bagus tu.
Kadang-kadang kita tak puas hati (macam yang saya cakap, kita masih ada ego), kita tak cuba berusaha yang terbaik dalam menjaga kawan kita itu, sebaliknya kita guna cara lain yang tak bagus. Kita sebarkan pasal kawan kita. Kita mengumpat kawan kita. Lama-lama kalau benda ni sampai ke telinga kawan kita, lagi teruk kan? Memang susah untuk kita berterus-terang, tapi kalau benar kita sayangkan kawan kita, kita pasti akan berusaha untuk menjaga kawan kita kan? Tapi kadang-kadang kita buat cara yang salah. Jadi mari tanya diri balik, kita sayang tak sebenarnya kawan kita ni? Kita mungkin rasa kita betul, kawan kita tak betul. Tapi sebenarnya mungkin kita salah, dan kawan kita betul. Cuma cara dia membetulkan kita tu yang buatkan kita susah nak terima, lalu kita anggap dia yang salah kan?
Mari ambil apa yang saya tuliskan di atas, dan apply-kan dalam hidup kita, termasuklah dalam organisasi kita. Kalau kita sayangkan kawan-kawan kita, yang merupakan Ohana kita, kita pasti akan berusaha untuk menjaga kawan kita kan? Akhir kata, mari kita semua saling bantu-membantu untuk membentuk sabuah Ohana yang lagi baik, lagi kuat, lagi kukuh. Yang salah saling dimaafkan. Yang betul saling disayangkan.
Betulkan niat kerana Allah. Jaga ukhuwah, jaga ikhtilat, jaga semuanya. Sebab dalam SCLC kita adalah Ohana! SCLC, We Are Family… :’)
May our friendship will last forever :) |
No comments:
Post a Comment