03 December 2013

Benchmarking to UIA

Pepatah dahulu pernah berkata, ‘tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’. Dari sini kita boleh faham bahawa menuntut ilmu itu penting dan kita digalakkan untuk mengembara dalam pencarian ilmu di dunia ini. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi kita umat manusia kerana hal ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan banyak masalah yang timbul. Dengan itu, SCLC UITM telah merangka satu ‘field trip’ ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam usaha menambah pengetahuan untuk membantu masyarakat majmuk. 

Program yang berlangsung selama satu hari ini telah banyak menambah pengetahuan ahli-ahli SCLC dalam usaha kami berkhidmat untuk masyarakat. Diadakan pada hari Ahad, 1 Disember 2013, dengan kerjasama CENSERVE UIAM, SCLC telah bergerak ke Gombak untuk lawatan sambil belajar ini. Kami telah disambut dengan mesra oleh salah seorang ahli CENSERVE dan beliau juga membawa kami meninjau beberapa fakulti di universiti tersebut. Selepas 10 minit ‘sight-seeing’ kami di bawa ke bilik operasi mereka yang menempatkan setiap satu kelab di bawah persatuan ini. 

Kelab-kelab tersebut disatukan bawah satu bumbung bagi memudahkan mereka beroperasi dan menyenangkan pentadbiran. Setiap satu kelab tersebut mempunyai struktur pentadbiran sendiri yang bernaung di bawah CENSERVE. Kami telah diberikan taklimat tentang aktiviti kelab-kelab berkenaan. Setiap kelab mempunyai modus operandi tersendiri yang mana kelab-kelab ini sama ada kebajikan kanak-kanak, orang asli, atau masyarakat tempatan. Terdapat juga kelab yang menjadikan pengantarabangsaan sebagai objektif mereke yang mana mereka menekankan khidmat masyarakat di luar Malaysia seperti di Vietnam dan Kemboja. 

Banyak input yang diperoleh ketika lawatan ini berlangsung. Pihak CENSERVE tanpa segan silu menerangkan setiap satu program meraka yang telah mereka adakan sepanjang tahun. SCLC dan CENSERVE telah bertukar-tukar pendapat dalam mempelajari perkara baru ini yang mana pihak SCLC juga telah memberikan taklimat tentang aktiviti yang telah kami jalankan yang mana mempunyai prinsip yang sama dengan CENSERVE. 

Secara konklusinya, lawatan satu hari ini telah banyak membantu SCLC dalam menimba ilmu baru dan dalam merangka aktiviti yang berkesan untuk segenap masyarakat. Perkara ini wajar diteruskan dan perlu menjadi antara agenda penting dalam kelab-kelab yang mempunyai prinsip membantu masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada pengarah program, AMIRAH HANNAN BINTI AHIJMAN atas kejayaan program ini. 

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT, MENCARI KEREDHAAN ILAHI” 

Sekian daripada saya, Syahril Anuar Bin Harun selaku setiausaha program ini.

02 December 2013

Program Eksplorasi Berkayak Bersama Student Community Law Club (SCLC)

Assalamualaikum semua! Saya Nur Ainaa akan sekali lagi melaporkan bagi program SCLC seterusnya.

Pada 30 November 2013 pula, SCLC telah berjaya menganjurkan sebuah program baru yang diberi nama Program Eksplorasi Berkayak Bersama Student Community Law Club (SCLC) bertempat di Tasik Seksyen 2, Shah Alam.



Program ini merupakan program satu hari dan salah satu dari usaha SCLC menggabungkan pengajaran undang-undang dengan aktiviti sukan dan rekreasi.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan sukan berkayak kepada warga UiTM dan memfokuskan salah satu teras utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang melalui aktiviti sukan dan rekreasi.



Volunteerism Expo : ‘Heroes Among Us’

Pada 28 - 29 November 2013, untuk pertama kalinya, Student Community Law Club (SCLC) telah berjaya menganjurkan program ‘Volunteerism Expo’ selama dua hari di Fakulti Undang-Undang dan di Dewan Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.



Majlis Pelancaran oleh Dr Haswira 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang isu kesukarelawanan kepada individu yang berminat selain menyediakan peluang kepada individu yang berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarela dalam komuniti.

30 November 2013

Dari Meja Exco Kerohanian : Kesabaran



Bismillahirrahmanirrahim, 

Allah Ta’ala berfirman:


 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan: 200).

Kita selalu dengar, kawan kawan kita, orang sekeliling kita berkata. "Eh kesabaran aku ada hadnya." Hakikatnya benarkah kesabaran kita ada hadnya. Lupakah kita kepada ujian yang dihadapi Nabi Muhammad SAW kita sendiri? Bagaimana ujian dihadapi Baginda ketika berdakwah, menyebarkan agama Islam. Dikutuk, dicaci . 

Siapalah kita, jika hendak dibandingkan ujian yang kita hadapi dengan Baginda. Kita selalu lihat situasi, dalam kalangan kita yang menghadapi berbagai ujian memilih untuk meluahkan di twitter, facebook dan pelbagai laman sosial yang lain. Tidakkah kita sedar, bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk kita. Mendengar rintihan, doa hambanya. Tidakkah kita malu kepadanya?

23 November 2013

Dari Meja Juruaudit 2 : Perjalanan Menuju Matlamat



Bismillahhirrahmanirrahim. 
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya.)” (Surah al-Mulk, 67:15)  
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut-mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada dalam dada.” (Surah Al-Hajj, 22:46) 
Ayat-ayat cinta dari Allah ini menerangkan kepada kita melakukan perjalanan untuk mencari rezeki yang ada di muka bumi ini, juga perlu diarahkan bagi membuka mata hati, menggunakan pancaindera kurniaanNya untuk menyingkap hakikat sesuatu kejadian, memahami penciptaan makhluk-makhluk Tuhan yang akan dihidupkan semula di akhirat nanti. Kita juga perlu mengambil pengajaran dari sejarah manusia terdahulu yang diazab oleh Allah. 

Jadi, apakah yang termasuk dalam kategori perjalanan yang dapat dilakukan supaya dapat mencapai maksud itu? Ada lima jenis perjalanan yang dapat kita lakukan bagi tujuan itu.