12 October 2013

Dari Meja Naib Presiden 1 : Berhikmah Dalam Menulis Dan Berkata-Kata




Bismillahirrahmanirrahim.

Ahaa baca tajuk pun dah bosan kan. Mesti semua macam terpikir, ‘Hmm budak ni nak bagi tazkirah lah ni. Malas lah aku nak baca’ Eh chop, nanti dulu nanti dulu~ Wa belum start pun lagi. Haha. Hmm coretan ini sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan juga awok awok semua.

Okay sekarang mohon semua pejam mata dan start bayangkan yang awok awok semua tengah dalam situasi ni. *eh jangan pejam betul betul pula, kang tak boleh baca :p*

05 October 2013

Dari Meja Bendahari Kehormat : Persahabatan, Ego & Maruah



Bismillah.

Persahabatan… Cinta... Keluarga… Semua perkataan ini ada kaitan. Tapi apa ek? Ha... Perasan tak semua perkataan ini ada kaitan dengan hubungan antara manusia? Bila ada hubungan dengan manusia, ada turun naik betul tak? Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih, kadang-kadang marah. Semua ada kan? Sebab apa boleh wujud semua ni padahal kita kan rapat? Hmmm…agaknya kenapa ek? Sebabnya, pada pendapat hamba yang rendah diri ni la (rendah sangat nih huhuh) sebab manusia itu tak sama. Semua orang ada sifat dan sikap tersendiri, ada bagus, ada tak bagus. Dan itulah yang menjadikan diri seseorang itu istimewa!

“You are special just the way you are!” – Mister Rogers

Tapi... Itu bukan alasan untuk kita terus kekal dengan sikap dan sifat diri kita yang tak bagus tu.

“Itu bukan alasan dik…” – Kak Tokie, super senior SCLC.

28 September 2013

Dari Meja Setiausaha Agung : Isu Remaja Lari Rumah



Salam semua, mingu ini tibalah pula giliran saya untuk berkongsi sedikit isu semasa yang berlak. Saya tertarik untuk berkongsi sedikit isu mengenai pelajar perempuan yang sering melarikan diri mengikut lelaki yang tidak dikenali atau baru sahaja mereka kenali.

Kebanyakan pelajar perempuan yang terlibat adalah dalam lingkungan umur antara 12 tahun hingga 19 tahun. Mereka mengenali lelaki tersebut selalunya melalui media sosial seperti facebook, twitter mahupun instagram.

23 September 2013

Ohana SCLC - Nobody Gets Left Behind

Banner rasmi SCLC. Yeay!

TARIKH : 21 SEPT ~ 22 SEPT 2013
TEMPAT : PANTAI SRI PURNAMA, PORT DICKSON

Salam & HAI UOLLS! Kembali lagi bersama saya Amy The... (Remind me to get a nickname after this ey.) Alhamdulillah, program rasmi pertama SCLC bersama warga Fakulti Undang-Undang berjalan dengan jayanya. Yippi!!! Alhamdulillah.

Program ini diberi nafas baru kerana namanya telah diubah dari Aloha kepada Ohana. Ohana ni bermaksud FAMILY :) Matlamat program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kami, warga Fakulti Undang-Undang. Oleh sebab itulah kami memilih pantai supaya dapat mengenali satu sama lain dengan cara yang lebih santai dan untuk melupakan buku buat seketika. Hahaha.

Ramai juga peserta yang mengikuti program ini. Kami warga SCLC mengucapkan selamat datang kepada wajah-wajah baru yang menyertai Ohana. Tanpa membuang masa, saya akan terus membawa para pembaca blog ini ke Port Dickson.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk merekrut ahli-ahli baru SCLC dengan memperkenalkan latar belakang SCLC serta tiga tunjang utama SCLC iaitu kesukarelawan, pengajaran undang-undang serta keusahawanan sosial. 
    



Selain daripada itu, program seumpama ini menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara ahli baru dan lama. Malahan, penganjuran program ini bertujuan untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti SCLC yang telah dirancang dan boleh mereka sertai pada masa akan. 


Selain menjadi peserta, ahli-ahli baru ini juga turut berpeluang untuk menimba pengalaman yang menarik dengan menjadi sebahagian daripada AJK dalam program-program yang akan datang.




Program 2 hari 1 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Explorace, Campfire dan Barbeku. 





Semangat serta daya kreativiti yang ditunjukkan oleh para peserta sangat mengagumkan. Seramai 60 orang peserta dan AJK serta seorang pegawai pengiring telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini.


Nak tahu lebih lanjut? Jom baca.

21 September 2013

Dari Meja Timbalan Presiden : Of Leadership & Knowledge



Assalamualaikum & hello everyone! :)

“If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of paradise.” 

Orang selalu kata, ilmu tu ada dekat mana-mana. Carilah ilmu itu selagi kita masih hidup. 

So, hello semua! Pejam celik pejam celik, dah habis pun minggu kedua semester ini. 

How’s life been treating? Hope each of you is doing well! 

Minggu lepas kita dah dapat info tentang Hak Asasi Kanak-Kanak daripada Cik Presiden kita. So minggu ni kita nak kongsi topik yang ringan sikit. 

Attending law school is of course not easy as it seems! Wearing black and white is cool but the fact that we got lots of assignment, cases & books to be read, well not so cool. 

Most of us will end up stuck in the library and not going elsewhere. It’s a big loss to you. Masa belajar ni lah nak kena explore banyak benda baru. Belajar penting, tapi kalau 24/7 belajar non-stop pun otak penat juga. Cari ilmu di kelas dan cari ilmu di luar kelas. So, kena balance lah. Macam mana nak balance tu? 

Well, LET SCLC HELP YOU! :D 

Let us show you how.