12 October 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Naib Presiden 1 : Berhikmah Dalam Menulis Dan Berkata-Kata




Bismillahirrahmanirrahim.

Ahaa baca tajuk pun dah bosan kan. Mesti semua macam terpikir, ‘Hmm budak ni nak bagi tazkirah lah ni. Malas lah aku nak baca’ Eh chop, nanti dulu nanti dulu~ Wa belum start pun lagi. Haha. Hmm coretan ini sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan juga awok awok semua.

Okay sekarang mohon semua pejam mata dan start bayangkan yang awok awok semua tengah dalam situasi ni. *eh jangan pejam betul betul pula, kang tak boleh baca :p*

 
Situasi 1: (Usrah) 

A: B, boleh tak kalau saya nak join usrah yang awak join? 

B: Boleh, tapi. Eh awak tahu tak usrah tu sebenarnya untuk apa? Usrah tu hanya untuk orang yang macam ni, macam ni, macam ni, blablabla (sambil bagi definisi usrah pada mata dia) 

A: Oh yeke. Okay. (Dalam hati terpikir, ‘Hmm aku ni tak layak ke masuk usrah? Jahat sangat ke aku?’) 

Situasi 2: (Salah faham)

A dan B merupakan biras. B menjemput A untuk hadir ke majlis makan malam di rumahnya melalui mesej. A tidak memberikan jawapan dan langsung tidak membalas mesej B.

2 jam kemudian ---- A update status di facebook
Yeayy! Seronoknyaa dapat shopping dengan hubby. Thanks sayang sebab belanja I ! :-*”


2 saat selepas A update status, B pun update status juga. Bunyi nya lebih kurang macam ni: 
“Orang sekarang, lebih memilih shopping daripada memenuhi undangan orang lain. Dia tak tahu ke memenuhi undangan orang tu wajib? Haih apa nak jadi lah...”

A yang ternampak status tersebut tersentap. “Eh siapa yang B maksudkan ni? Aku ke?” Tidak berpuas hati, A lantas bertanyakan hal tersebut kepada encik suami. Kata encik suami, “Ohh tadi B ada mesej awak ajak pergi makan malam di rumah dia. Abang lupa nak bagitahu.”

Situasi 3 : (Menegur) 

A, walaupun tidak menutup aurat, hatinya sangat baik dan sedang dalam proses untuk berubah. Satu hari, B menegurnya di khalayak ramai. 

B: Kau ni A, seksi betul. Suka eh jadi ahli neraka? 

A: *Hanya mampu terdiam membisu.* 


Ahaa. So apa perasaan awok awok semua kalau awok semua berada di tempat si A? Suka? Sabar? Ke marah dan putus asa? Kalau awok semua pemarah macam saya, hmm membebel lah sepanjang hari dekat semua orang. Sakit hati kan. Yelah, cuba bayangkan. Hari tu kita rasa happy je hidup, tak ada masalah. Tiba-tiba orang cakap macam tu. Tak ke spoil mood. Terus meluap-luap aura negatif sepanjang hari. -.- Gahh...

Ending bagi setiap situasi boleh jadi berbeza bagi setiap orang. Tapi saya yakin, kebanyakan orang akan membatalkan hasrat untuk join usrah, akan rasa marah dan turut mengupdate status di laman sosial dengan niat menyindir si B, dan mungkin saja membuang hasrat untuk berubah sejauh yang boleh dek kerana kata-kata si B. (Nauzubillah) 

Beruntung lah bagi orang yang tak berputus asa dengan sindiran dan cemuhan orang. Ya, kita tidak mati dengan sindiran dan kejian orang, tak juga hidup dengan pujian orang. Tapi tak salah rasanya kalau si B tu menggunakan ayat-ayat yang sedap didengar. Menggunakan hikmah dalam setiap tulisan dan perkataannya. 

Ingat, hikmah tu bukanlah bermakna bercakap atau menegur dengan lembut. Tapi kosa kata dan susunan ayat yang digunakan, kena berhati-hati, agar tak mengguris perasaan orang lain. Kan lebih manis begitu. So konklusinya, ayuh kita sama sama muhasabah diri dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara di bawah *ceh skema gila*

1. Berfikiran negatif tentang orang lain. (Kalau rasa macam awok ni jenis yang takleh nak bersangka baik dan bersikap positif, simpan jelah untuk diri sendiri. Jangan sebarkan aura negatif saya, awok, kita semua tu dekat orang lain. Boleh? :)) 

2. Terlalu mengikut emosi dan suka update status kontroversi di facebook mahupun twitter. (Ahaa. Yang ni memang masalah dunia. Satu ayat je dah boleh buat semua orang marah dan ingat sampai bila-bila. Ingat! Sekali awok dah keluarkan, tak akan ada benda yang awok boleh buat untuk tarik balik. Lagi-lagi di zaman teknologi ni, orang dah boleh print screen etc etc.)

3. Menegur orang lain di khalayak ramai. (Yes, saya tahu memang tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Tapi bukan dengan cara mengaibkan orang lain di khalayak ramai. Berdosa tahu?)


Firman Allah dalam surah Qaaf ayat 18:18
ما يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلّا لَدَيهِ رَقيبٌ عَتيدٌ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan mencatatnya). 

Harapnya lepas ni, saya, awok, dia, kita semua, dapat sama-sama berubah dan lebih menjaga adab dalam pergaulan dan menuturkan kata-kata. Di kesempatan ini, saya nak memohon maaf dan nak ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya Aidildhaaaaa kepada awok awok semua. :) 

Salam sayang dan selamat beramal! ♥



http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
NURUL HUDA BINTI ROZLAN
Naib Presiden Unit Pentadbiran SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment