17 September 2013

SCLC @ Book Bazaar

Book Bazaar is happening at Faculty of Law UiTM! Come and join us!
Salam dan hai semua! Law Society is organizing book fair this week starting today!
Date : 17-19 September 2013
Time : 8.00am - 5.00pm
Venue : Faculty of Law UiTM Shah Alam. 
Book fair ini terbuka untuk orang ramai! Jom, macam-macam ada! There will be a lot of booth selling books, foods, clothes, shawls and many more! SCLC will be here again tomorrow together with other internal law club i.e Alsa, Mootclub, Enlaw etc

*Untuk pengetahuan anda, booth SCLC kini telah bertukar tempat ke Gazebo pertama, berhadapan Cempaka 1. Singgah tau esok! Antara yang menarik di booth SCLC esok ialah Victoria Secret Body Mist, cupcakes, chocolate moist, lemonade, ais krim potong, nasi goreng & macam macam lagi!


SCLC kini juga membuka tempahan untuk 4 design t-shirt. Untuk tempahan, anda boleh datang terus ke booth SCLC di Fakulti Undang-Undang. T-shirt pre order is open till 25th September. Jika berminat, anda boleh membuat tempahan. It is open to all UiTM students as well other Universities. RM22 sahaja!



Selain itu, pendaftaran untuk menjadi ahli SCLC atau ajk/adhoc bagi program-program SCLC akan datang boleh dilakukan di booth SCLC esok ya.


Thank you madam Nora J for supporting us! She bought our lemonade and tshirt! :D


Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada @LawSocUitm kerana memberi booth kepada kami. Kami memohon maaf atas segala kekurangan yang dilakukan daripada pihak kami hari ini. InsyaAllah we'll try our best to serve you better. :) See you guys tomorrow!

14 September 2013

Dari Meja Presiden : Hak Asasi Kanak-kanak




ASSALAMUALAIKUM wbt.

Semester baru telah bermula, bermakna tibalah masa untuk kita kembali berjuang bagi mencapai cita-cita dan seterusnya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Di sini, saya ingin membangkitkan isu yang kian menjadi-jadi di negara kita. Masih ingatkah lagi anda dengan isu penderaan kanak-kanak yang mana ibu kandung sendiri telah disyaki bersalah? Pertuduhan asal ibu kanak-kanak malang terbabit menyebabkan kecederaan telah dipinda kepada seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kerana kanak-kanak tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas koma selama 11 hari. 

Selain penderaan fizikal, isu-isu lain yang turut melibatkan golongan kanak-kanak termasuklah gangguan seksual, emosi, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak untuk menjadi pengemis dan penculikan. Kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya mereka ambil atau kepada siapa mereka boleh mengadu apatah lagi jika ahli keluarga sendiri yang melakukan perkara tidak berperikemanusiaan tersebut. Masa depan modal insan ini makin kelam dan dunia kanak-kanak yang sepatutnya penuh warna-warni hilang dek trauma yang menekan diri. Kanak-kanak harus dilindungi dan disayangi, bukan didera dan diseksa.

09 September 2013

Ohana SCLC Siri 1


Assalamualaikum. Salam perkenalan semua! :)

SCLC kini kembali dengan program pertama kami iaitu program recruitment members yg diberi nama "Ohana SCLC"! Program ini sebelum ini diberi nama Sehari Bersama SCLC, Ceria Bersama SCLC, 3 Hari Bersama SCLC, Aloha SCLC I, dan Aloha SCLC II.

Program ini merupakan program wajib SCLC bagi tujuan pentauliahan ahli-ahli baru SCLC di mana kita akan adakan explorace, campfire, dan bbq! Sebelum ini program ini dinamakan "Aloha SCLC" bagi mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru. Kali ini, program ini diberi nafas baru dengan menggunakan nama "OHANA SCLC" yang bermaksud keluarga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli baru dan lama SCLC.

Date : 21 & 22 September 2013 (Sat & Sun)
Venue : Pantai Sri Purnama, Port Dickson

Untuk menyertai kami, sila hantarkan sms [OHANA SCLC] Nama Penuh ID No IC No Semester Ke Berapa ke 013-2912114 atau 018-2589787 dengan segera!



Tempat adalah terhad! Come and join us! ;)

08 September 2013

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)!

Salam & hai! Saya lagi ni, Fatin Syamimi. Ha belum habis lagi.

Esoknya (lepas habis je teambuilding) kami ada meeting KPO pula.

Bagi menjayakan sesuatu program, perancangan dan kajian yang teliti haruslah dilaksanakan untuk memastikan kelancaran program-program tersebut. Lantaran itu, barisan exco SCLC 2013/2014 telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada 5 hingga 6 September 2013 di Bilik Seminar 1 Auditorium, Fakulti Undang-Undang. 


Semasa kursus ini, para exco yang baru dilantik telah didedahkan dengan asas – asas dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan program serta teknik-teknik membuat kertas kerja..



Di samping itu juga KPO merupakan tempat dimana setiap exco akan membentangkan cadangan projek kepada Majlis Tertinggi Kepimpinan SCLC, barisan alumni dan pensyarah penasihat kelab untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian program tersebut dengan matlamat SCLC. 



Antara peranan lain KPO ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama exco yang baru sahaja dilantik. Ini adalah kerana, tanpa ukhwah yang erat terjalin sesama ahli adalah sukar untuk menjayakan sesuatu program bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Okay, okay. Saya tahu anda penat mendengar saya membebel. Maka, biarkan gambar berbicara.



























 Penat brainstorm aktiviti untuk sepanjang penggal ini selama dua hari, jadi jangan lepaskan peluang join aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan okay? Yang paling hampir sekali ialah aktiviti Ohana, untuk kami rekrut ahli SCLC yang baru. Jangan lupa! Berikan nama dan nombor ID ya *TEMPAT TERHAD*  :D

Saf Kepimpinan SCLC Sesi 2013/2014