09 September 2013

Ohana SCLC Siri 1


Assalamualaikum. Salam perkenalan semua! :)

SCLC kini kembali dengan program pertama kami iaitu program recruitment members yg diberi nama "Ohana SCLC"! Program ini sebelum ini diberi nama Sehari Bersama SCLC, Ceria Bersama SCLC, 3 Hari Bersama SCLC, Aloha SCLC I, dan Aloha SCLC II.

Program ini merupakan program wajib SCLC bagi tujuan pentauliahan ahli-ahli baru SCLC di mana kita akan adakan explorace, campfire, dan bbq! Sebelum ini program ini dinamakan "Aloha SCLC" bagi mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru. Kali ini, program ini diberi nafas baru dengan menggunakan nama "OHANA SCLC" yang bermaksud keluarga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli baru dan lama SCLC.

Date : 21 & 22 September 2013 (Sat & Sun)
Venue : Pantai Sri Purnama, Port Dickson

Untuk menyertai kami, sila hantarkan sms [OHANA SCLC] Nama Penuh ID No IC No Semester Ke Berapa ke 013-2912114 atau 018-2589787 dengan segera!



Tempat adalah terhad! Come and join us! ;)

08 September 2013

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)!

Salam & hai! Saya lagi ni, Fatin Syamimi. Ha belum habis lagi.

Esoknya (lepas habis je teambuilding) kami ada meeting KPO pula.

Bagi menjayakan sesuatu program, perancangan dan kajian yang teliti haruslah dilaksanakan untuk memastikan kelancaran program-program tersebut. Lantaran itu, barisan exco SCLC 2013/2014 telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada 5 hingga 6 September 2013 di Bilik Seminar 1 Auditorium, Fakulti Undang-Undang. 


Semasa kursus ini, para exco yang baru dilantik telah didedahkan dengan asas – asas dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan program serta teknik-teknik membuat kertas kerja..



Di samping itu juga KPO merupakan tempat dimana setiap exco akan membentangkan cadangan projek kepada Majlis Tertinggi Kepimpinan SCLC, barisan alumni dan pensyarah penasihat kelab untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian program tersebut dengan matlamat SCLC. 



Antara peranan lain KPO ialah untuk mengeratkan ukhwah sesama exco yang baru sahaja dilantik. Ini adalah kerana, tanpa ukhwah yang erat terjalin sesama ahli adalah sukar untuk menjayakan sesuatu program bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Okay, okay. Saya tahu anda penat mendengar saya membebel. Maka, biarkan gambar berbicara.



























 Penat brainstorm aktiviti untuk sepanjang penggal ini selama dua hari, jadi jangan lepaskan peluang join aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan okay? Yang paling hampir sekali ialah aktiviti Ohana, untuk kami rekrut ahli SCLC yang baru. Jangan lupa! Berikan nama dan nombor ID ya *TEMPAT TERHAD*  :D

Saf Kepimpinan SCLC Sesi 2013/2014


07 September 2013

SCLC Team Building!

Hello everybody!

Bermula dari 2 September sampai 4 September yang lepas, SCLC telah mengadakan program Team Building untuk saf kepimpinan SCLC yang ke 8, maka bercampurlah exco-exco yang baru dan yang lama. 

Ada gaya penulisan karangan Bahasa Melayu tak? Woha!

Sebenarnya Team Building ni adalah aktiviti wajib setiap penggal baru bagi menghubungkan silaturahim antara exco baru dan lama yang sekian lama terpisah. Sekian lama terpisah? Acah-acah balik kampung beraya lah konon?

Okay, merepek. Ada baiknya mari kita teruskan dengan laporan Team Building tadi. 

Kali ini, seperti tahun sebelumnya kami cuti-cuti team building di Pulau Pangkor, Perak. Banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik dan modul yang awesome diadakan untuk membina ukhwah antara kami serta menyediakan diri masing-masing, exco baru terutamanya, untuk memikul jawatan yang diberikan pada penggal ini.



Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan ukhwah di antara  ahli-ahli jawatankuasa SCLC yang baru dilantik sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu sebagai persediaan SCLC dalam menganjurkan program pada masa akan datang. 





Selain itu, program ini membolehkan ahli-ahli SCLC menghayati tiga tunjang utama SCLC iaitu kesukarelawanan, pengajaran undang-undang serta keusahawanan social dengan lebih mendalam.




         
Program 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti variasi modul latihan dalam kumpulan, survival mission dan barbeku. Seramai 40 orang peserta dan seorang pensyarah pengiring, Encik Ismail Badiuzzaman telah sama-sama terlibat dalam menjayakan program ini. Modul-modul dirancang oleh barisan alumni SCLC sendiri yang telah bertindak sebagai fasilitator-fasilitator program.   

Ya, ya. Saya tahu anda bosan melihat tulisan sahaja. Nah gambar.

Sir Mail yang segak bergaya! hoyeah!

Kami sedang menunggu feri :D

Perjalanan ke tempat menginap. Comel kan naik van pink? hewhew.


Okay, selepas dah sampai, simpan barang di bilik masing-masing, solat dan sebagainya, bermula lah modul pertama kami. Waktu ini adalah sesi perkenalan. Semua benda nak tahu. Nama, tempat tinggal, makanan kegemaran, minuman kegemaran, perkara pahit manis dalam hidup, masam, masin, payau semualah!







05 September 2013

Satu Desa Sejuta Warna @ Berita Harian Varsiti!

Program Satu Desa Sejuta Warna 2013 yang diarahkan oleh oleh saudara Ahmad Alieff Mashuri (yang juga merupakan Naib Presiden Unit Akademik & Latihan 2013/2014) telah menghiasi salah satu ruangan dalam Berita Harian Varsiti pada 5 September 2013.


Tahniah Alieff & the team!