Assalammualaikum dan hai kepada semua. Amacam cuti sem? Ada baik? Ada yang kerjakan cuti ni, mesti ada lebih gaji tu kan. Ada laa duit before dapat ptptn… hahaha. Dan untuk yang part 4 last sem buat attachment, haaa dah ada pengalaman dalam court ni.
Okay, sekarang kita nak kena fikir juga la kan. Kita ni ada tak ciri-ciri nak jadi graduan undang-undang? Dah boleh jadi lawyer ke? Bukan apa la, banyak jer graduan yang lepas habis belajar tak kerja dan menganggur. Nak bagi anak bini makan apa weyy? Legal Profession Act 1976 dah bagi guideline untuk kita jadi lawyer dan dalam akta tu bagi semua yang perlu dilakukan as a lawyer. Orang tak akan hire lawyer yang tak layak jadi lawyer kan?
Sekarang UiTM dah buat course baru, LW224 yang mana students dari part 1 dah boleh kata LLb to be la. 4 tahun punya course yang students kena hadap just to be a lawyer. Kalau dulu, LW213 3 tahun je yang students belajar and grad sebagai graduan BLS. Lepas tu diorang perlu tambah setahun lagi LW222 untuk dapat LLB. Banyak woo procedure. Untung la graduate dua kali. Lepas tu belum boleh jadi lagi lawyer, kena chambering 9 bulan lagi before becoming a full pledge lawyer. Nampak tak susah dia dekat mana? Haha.
Macam dalam cerita Adnan Sempit, ‘dimana ada kemahuan, disitu ada highway’. Maka jadinya kena la kita buat jugak kalau nak jadi peguam kan. When we want something, we have to do something. Gituuu.
Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keadilan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan karib kerabatmu. "
Jadi boleh je jadi peguam ni, tak salah pun. Benda baikkan, jadi kena buat. Dan jangan lupa ikhlas.
Tapi perlu laa juga ingat something, kita memang jadi lawyer untuk tolong tapi masih ada yang kita perlu take into account.
Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari dilaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batilsedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dari Allah swt."
Yang ni kena la ingat ya wahai sahabat-sahabat. Kita tolong orang tapi kita masih ada hak. Bila jadi peguam nanti boleh je pilih kes, tak ada masalah. Asalkan decision yang kita buat dalam keadaan kita waras dan rational.
Rasanya tu jela coretan dari meja saya ni. Tak pandai nak tulis banyak. Harap ada la input sedikit sebanyak dekat sini. Terima kasih kerana membaca. –SA7-
Post ini ditulis oleh:
SYAHRIL ANUAR BIN HARUN
Exco Keusahawanan SCLC Sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment