Sejak kebelakangan ini, jumlah kejadian jenayah ragut sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar semakin meningkat dan hal ini membimbangkan. Jenayah ini sukar untuk dibanteras kerana kita tidak tahu di mana dan bila ia akan berlaku. Selain itu, ia juga sukar dibanteras disebabkan identiti si peragut tidak dapat dikenal pasti untuk memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.
Jenayah ragut yang semakin menjadi-jadi ini menyebaban kita berfikir dua tiga kali untuk menjejakkan kaki keluar daripada rumah ataupun kelaur berseorangan. Suatu ketika dahulu, kita bebas berjalan tanpa memikirkan risiko untuk diragut tetapi pada harini tidak sama sekali. Jenayah ragut pada dahulu kala tidaklah sampaikan kehilangan nyawa ataupu kecederaan yang serius kepada mangsa. Peredaran masa telah menyaksikan pada hari ini jenyah ragut adalah satu jenayah yang serius apabila ia melibatkan warga tua, kecedaraan yang marah dan juga kematian.
Mengapa ragut? Persoalan ini sering dipersoalkan dan jelasnya kita semua tahu jenayah ragut berlaku disebabkan si peragut dalam keadaan terdesak dan boleh juga dikatakan ragut sebagai satu hobi. Bagi penjeanyah ragut ini, ragut adalah satu ‘kerja yang senang dan cepat’. Mana tidaknya, dalam beberapa saat sahaja mereka boleh melarikan beg tangan, telefon bimbit atapun dompet.
Dalam usaha membanteras jenayah ini, pihak berkuasa seperti polis telah melancarkan operasi ‘kepolisan agresif’ dengan meggabungkan setiap cawangan dan jabatan bagi mengesan dan membanteras jenayah-jenayah di ibu kota termasuk juga jenayah ragut.
Peragut biasanya dikenakan hukuman di bawah Seksyen 392 hingga Seksyen 402 Kanun Keseksaan. Pesalah boleh dituduh sebagai jenayah samun dan rompak.
Bagi kes ragut yang membabitkan kekerasan, senjata atau mendatangkan kecederaan, pesalah akan didakwa sebagai jenayah samun di bawah Seksyen 397 Akta Kanun Keseksaan.
Hukuman maksima untuk kesalahan ragut tanpa kekerasan yang pertama adalah lima tahun dan tujuh tahun bagi kesalahan berulang.
Manakala bagi kesalahan ragut menggunakan kekerasan, hukuman maksima adalah 20 tahun.
Banyak cadangan yang dilontarkan oleh orang awam seperti mewujudkan Akta khas bagi jenayah ragut. Tetapi masih tidak diputuskan lagi.
Kita sebagai orang awam juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut. Bagaimana?
1) Elakkan diri daripada berjalan berseorangan terutama sekali di kawasan gelap. Peratusan tinggi di catatkan bahawa kejadian ragut banyak berlaku di kawasan yang sunyi dan gelap
2) Elakkan daripada memakai barang kemas yang terlalu menonjol. Barang-barang kemas seperti rantai selalunya menarik perhatian si peragut
3) Sentiasa peka terhadap persekitaran.
4) Jika boleh, elakkan daripada membawa terlalu banyak wang tunai di dalam beg tangan.
Langkah-langkah ini adalah bagi melindungi kita daripada menjadi mangsa ragut. Insyaallah, jika kita lebih berhati-hati dan peka terhadap persekitaran kita, jenayah ragut ini dapat dielakkan dan dibanteras di masa hadapan.
Secara kesimpulannya, sayangi diri dan sentiasalah berhati-hati di mana jua kita berada. Wallah’ualam.
Post ini ditulis oleh:
NUR FATIN NABILA BINTI SALLEHUDIN
Exco Hal Ehwal Keselamatan Awam & Kesihatan SCLC Sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment