25 March 2014

Pin It

Widgets

OHANA 2 :)


HAI HAI HAI EVERYONE !!!! WE MET AGAIN IN OHANA !!! :)

Program Ohana yang kedua, selepas penukaran nama daripada Aloha, telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam. Program Ohana pada kali ini telah diadakan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat Selangor. Bilangan peserta yang menyertai Ohana ialah seramai 19 orang dan majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar junior daripada Part 1 dan Part 2.

Warga SCLC yang menyertai program ini adalah seramai 31 orang dan kami diiringi oleh seorang pensyarah pengiring, yang juga selaku penasihat kelab SCLC, iaitu En Ismail Badiuzzaman. Program ini berlangsung dari 21 Mac- 22 Mac 2014.

Tujuan utaman Ohana pada kali ini adalah untuk merekrut ahli-ahli baru dalam kalangan pelajar undang-undang. Ini berikutan kami ingin mencari bakat-bakat baru yang akan menyampung tampuk pimpinan SCLC pada masa akan datang. Selain itu, program ini juga berikutan untuk memberi pendedahan dan informasi tentang prinsip utama kelab SCLC kepada ahli-ahli baru, memperkenalkan serat mempromosi SCLC kepada mereka. Dalam masa yang sama , kami, warga SCLC serta ahli-ahli baru dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan sesama ahli-ahli yang baru dan yang lama.

Di samping aktiviti suai kenal, kam juga turut menyediakan aktiviti yang mencabar minda dan jasmani para peserta Ohana, memberi pengisian rohani dan pemantapan jati diri dalam kalangan peserta Ohana, menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan peserta Ohana dan yang terakhir adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan menghargai alam sekitar dalam kalangan peserta Ohana.

PERJALANAN PROGRAM :
21 MAC 2014 (Jumaat)

Para peserta mula berkumpul di perkarangan Fakulti Undang-Undang pada jam 3 petang dan mula mendaftarkan diri kepada urus setia SCLC. Selepas kesemua peserta telah mendaftarkan diri, kami bergerak ke perhentian bas Perindu. Kami diiringi oleh dua buah bas dan peserta dibahagi samarata bersama warga SCLC. Ini adalah bertujuan agar sepanjang perjalanan, ahli-ahli lama SCLC dapat berkenalan bersama-sama ahli-ahli baru SCLC.

Sepanjang dalam perjalanan, kami memulakan sesi ‘ice breaking’ di dalam bas. Kesemua para peserta kelihatan teruja dan suasana di dalam bas dipenuhi dengan gelak tawa antara ahli-ahli baru serta lama. Perjalanan kami ke Hulu Langat mengambil masa selama lebih kurang 2 jam.

Setibanya di sana, kami meletakkan beg pakaian di dalam khemah yang telah disediakan dan peserta berkumpul di dewan utama untuk mendirikan solat Asar secara berjemaah. Peserta kemudiannya diberikan masa untuk berehat sehingga tibanya waktu Maghrib. Setelah selesai mendirikan solat Maghrib, kami menjamu selera di dewan makan.





Lebih kurang dalam jam 9.00 malam, setelah menjalankan solat Isyak, aktiviti secara berkumpulan bermula di mana para peserta telah dibahagikan sama rata dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan diiringi oleh 2 orang fasilitator. Kemudian, aktivit diteruskan dengan aktiviti ‘campfire’ dan Fear Factor.

Dalam Fear Factor, para peserta dikehendaki untuk menutup mata dan diminta untuk meletakkan tangan mereka dalam 6 kotak yang berasingan serta meneka objek yang terdapat dalam kotak tersebut.







Pelbagai ragam dapat dilihat. Antaranya, ada yang menjerit, melompat dan sebagainya. Tujuan aktiviti ini adala bertujuan agar para peserta dapat mencabar diri masing-masing dalam mengatasi ketakutan. Ini dapat diibaratkan, hidup ini ibarat kotak yang gelap itu di mana kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi dalam hidup.

Sebelum aktiviti pada malam itu melabuhkan tirai, para peserta dijamu dengan ‘marshmallow’ yang dibakar di unggun api yang telah kami sediakan.

22 MAC 2012 (Sabtu)




Pada keesokkannya, kesemua peserta dan warga SCLC memulakan hari seawal 6.00 pagi. Kami mulakan aktiviti dengan solat Subuh berjemaah diikuti dengan tazkirah pagi. Sesudah itu, kami meneruskan aktiviti pagi dengan aerobic yang diketuai oleh Adlin Shuhaili dan Nur Aimy Farhana. Para peserta kelihatan bersemangat dan ceria dalam melakukan senaman pagi ini.

Setelah penat bersenam pagi, mereka dihidangkan dengan sarapan pagi. Selepas lebih kurang setengah jam, para peserta serta warga SCLC diminta untuk bersedia untuk aktiviti ‘jungle trekking’ yang diketuai oleh En Haris, seorang yang berpengalaman dalam selok-belok hutan.




Aktiviti ini mengambil masa selama lebih kurang 3 jam, pergi dan balik. Walaupun penat mendaki hutan yang berbatu, pacat serta lintah, ini adalah pengalaman yang manis dan amat berharga kepada semua kerana majoriti peserta pertama kali melihat pacar dan lintah dengan mata sendiri. Setibanya di puncak, kami terpegun melihat keindahan dan kecantikan air terjun di puncak itu. Airnya sejuk dan menyegarkan. Segala kepenatan untuk ke puncak seolah-olah dilupakan sekeetika tatkala melihat ciptaan-Nya ini.









Kami pulang ke khemah dalam tengah hari. Semua peserta membersihkan diri dan menjamu hidangan tengah hari. Kemudian kami solat Zohor berjemaah. Dalam jam 2.00, acara penutup diadakan dan pensyarah pengiring memberi sepatah dua kata dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam jam 3.30, kesemua peserta dan ahli-ahli lama SCLC berkumpul semula di pintu masuk untuk menunggu bas.

Sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam, kebanyakan peserta terlelap kerana kepenatan. Kami tiba di fakulti dalam jam 5.00 petang. Peserta diberi kupon penyertaan sebelum pulang dan bersurai.

Kesimpulan daripada program Ohana kali ini, kesemua peserta bergembira dan kami selaku warga SCLC dapat mengenali wajah-wajah baru. Walaupun jumlah peserta tidak ramai, namun itu tidak menjadi penghalang untuk kami menjayakan program kali ini.


No comments:

Post a Comment