02 November 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Naib Setiausaha : Selami Dahulu, Fahami Mengapa.



Bismillahirrahmanirrahim. 

Saat diri ini diminta untuk menulis bagi ruangan blog SCLC, tajuk di atas terus muncul di fikiran saya. Apakah maksud tajuk ini? Kenapa tajuk ini yang muncul?. Nanti saya akan jelaskan. :)

Kehidupan kita ini boleh diibaratkan sebagai beluncas dan rama-rama. Kenapa beluncas dan rama-rama? Sebab haiwan ini dapat menunjukkan perbezaan antara 2 alam.


Yang pertama alam ketika menjadi beluncas. Di kala ini hidupnya penuh kehinaan dan penderitaan. Rupanya yang hodoh amat menakutkan dan tidak disukai oleh semua orang. Ramai yang geli akan rupa dan bentuk badannya. 





Seterusnya, ia akan merubah kepada kepompong. Dikala ini adalah masa yang sungguh memeritkan dan menyeksakan. Tinggal di dalam satu ruang yang sempit bersendirian. Tanpa makan mahupun minum. Mengharap hanya dari bekalan yang tersimpan di dalam badan. Terdedah kepada ancaman, malapetaka dan pelbagai keadaan cuaca tanpa dapat bergerak kemana-mana mahupun untuk mempertahankan diri.



Bila tiba masanya... perlahan-lahan ia keluar dari kepompong. Setelah mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi, ia mula mengembangkan sayapnya. Bermulalah satu alam baru... Alam yang kedua, alam rama-rama…Terbanglah ia menjadi seekor rama-rama. Terbang bebas ke udara bagaikan melepaskan segala penderitaannya selama ini... Meraikan kejayaan dengan penuh kegembiraan. Dengan rupanya yang cantik dan menawan, disukai oleh setiap insan, tergolonglah ia dalam dunia yang di pandang mulia. Hidup penuh dengan kebahagiaan. Makanannya juga terpilih. Hanya manisan dari bebunga yang cantik, harum dan mekar.  

Hebatkan peringkat kehidupan rama-rama. Dari seekor ulat yang hodoh dan menggelikan, ia berubah kepada bentuk yang sungguh memikat dan menawan. Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi untuknya membesar lalu menjadi bidadari dalam dunia serangga.

Nampak tak perbezaan yang sangat besar antara alam beluncas dan alam rama-rama?. Nampak kan? Jadi, sekarang kita ambil cerita di atas dan masukkan ke dalam kehidupan kita sebagai manusia. 

Ok, sebagai manusia. Hampir kesemua daripada kita mempunyai 2 zaman kehidupan. 

Yang pertama, zaman ketika kita jahil. Jahil ini bermaksud kita tak dapat bezakan antara perkara yang betul dan salah. Tanpa kita sedari, kita buat perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak boleh buat. Ada orang yang betul-betul tak tahu perkara itu salah. Tapi sayangnya, bila dah tahu masih ada yang meneruskan dengan alasan rasa diri terlalu lemah untuk berubah dan dah biasa dengan keadaan macam itu.

Jadi, masa ini lah kita kena bertukar jadi seperti kepompong.

Masa kepompong ini, macam-macam dugaan dan ujian kita akan dapat. Dah jadi lumrah ayat-ayat ini confirm keluar. “Susah lah nak berubah. Kawan-kawan cakap aku nak jadi ustazah lah, nak tunjuk baik lah”. Urm... Ingat ya, proses kepompong kita berbeza sebab kita tak bersendirian. Ada je sahabat-sahabat yang baik akan membantu kita dari belakang dan paling penting ALLAH subhanahu wataala sentiasa bersama hambaNya yang ingin bertaubat. 

Dalam Al-Quran pun, Allah subhanahu wataala telah memberi kita semangat untuk berubah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali’ Imran3 :139) 

Jadi, masa ini lah kita kena fikir sedalam-dalamnya. “Dosa yang dulu terlalu banyak, apa yang aku patut buat? Biarkan jela, taubat bila dapat hidayah nanti.” 

JANGAN. Jangan sesekali BIARKAN. Sebab kita takkan tahu bila EN. AJAL BIN MAUT akan menjemput kita nanti. Sebaliknya kita kena berusaha untuk mendapat hidayahNya dan berubah. Inilah dikatakan proses dengan Pencipta kita, Allah subhanahu wataala. DIA yang mencipta kita. Jadi pandangan DIA lah yang lebih penting berbanding pandangan sahabat-sahabat kita mahupun orang di luar sana. 

Semasa kita berubah, kita kena niat dalam hati, setiap perubahan kita hanya untuk Allah subhanahu wataala. In shaa Allah, berserahlah kita kepada yang Esa. Yakin... Pastikan sinar menjelma akhirnya. 

Setiap perubahan pasti akan memberi hasil, inilah dikatakan zaman sinar kita. 

Zaman sinar ini bermaksud diri kita yang baru, yang lebih baik dan mengikut jalan yang diredhaiNya. Seperti rama-rama tadi, akhirnya ia disukai ramai lantas menjadi bidadari di dunia serangga. Jadi, renung-renungkan semula. Bila kita berubah kerana Allah subhanahu wataala, in shaa Allah kita akan disukai oleh orang lain malahan penduduk langit juga akan menyukai kita. Siapa tahu, mungkin kita akan menjadi bidadari di syurga kelak. :)

Ok, cerita Beluncas dan Rama-Rama pun dah tamat. Jadi sekarang, mesti ada yang tertanyakan apa kaitan tajuk di atas dengan cerita ini. Urm. Sebenarnya, saya nak tarik awak dan dia supaya belajar menyelami perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan lebih baik dan memahami kenapa perkara itu terjadi dalam kehidupan kita. 

“Siapa kita? Mengapa kita dicipta? Apa peranan kita? Adakah kita sudah buat segala yang diperintahkan?” Soalan-soalan ini sepatutnya dah bermain di fikiran awak dan dia. Masa berlalu tanpa kita sedari, jadi jangan menyesal jika kita terlambat. 

Ok, sebelum kita sambung buat kerja masing-masing, JOM BERDOA sekejap.

Bismillahirrahmanirrahim.. 
“Allah, ya Rab, daku tidak pasti berapa lama lagi masa yang masih berbaki. Aku malu pada-Mu ya Rab terhadap masa silamku yang teruk. Namun, dengan rahmat kasih-sayang dan pertolonganMu, daku akan cuba cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik demi redha Mu ya Allah. Pimpinlah daku ya Allah..Allahul Musta’an..” Amin 



p/s : “Di dalam kegelapan waktu malam, pasti akan ada sebutir bintang yang bercahaya, jadilah seperti bintang itu, cahaya itu sebagai imanmu, sentiasa bercahaya walaupun diuji dengan pelbagai dugaan”

http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
NUR AINAA BINTI MOHAMAD SALEHUDDIN
Naib Setiausaha SCLC Sesi 2013/2014

2 comments:

  1. Artikel memang best...perumpaan yg diberi memang sesuai sangat..ade petikan ayat Al-Quran lagi..kalau nak lagi best lepas ni selitkan kisah siapa2 yg ada kaitan (tak perlu la disebut nama)...mungkin boleh beri kesan yang lebih mendalam.. :)

    cuma...xtau la kenapa bile masok blog ni rasa macam masok bilik perempuan pulak..maybe perasaan saya je la kot..hehe.. :)

    anyway...good job!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah agaknya gerangan saudara atau saudari? Haha terima kasih. Mungkin sebab kebanyakan exco adalah perempuan? Eh ke sebab design? :O

      Delete