16 November 2013

Pin It

Widgets

Dari Meja Juruaudit 1 : Terapi Jiwa Terapi Minda



Bismillahirrahamanirrahim… 

Hidup ini penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Kita tidak dapat lari dari segala masalah dan ianya tidak akan selesai jika kita lari darinya. 

Dalam menghadapi segala rintangan hidup kita perlukan keceriaan untuk melupakan seketika segala masalah dan memberikan kita kesegaran dan minda yang cergas untuk kita menghadapi segala dugaan dengan penyelesaian yang waras dan memberi kebaikan kepada kita dan semua orang. 

Mungkin anda biasa dan selalu jumpa dengan pelbagai tips dan petua yang sama... Ya! Memang benar... Kerana setiap insan itu wajib menyampaikan sesuatu yang baik kerana mungkin ianya bukan untuk diri anda tetapi mungkin ada orang lain yang amat memerlukannya.

Di kesempatan yang seketika ini, ingin saya berkongsi kepada anda sesuatu yang amat berguna buat anda yang ingin mencari ketenangan. Ketenangan yang memberi anda kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala cabaran, tekanan dan dugaan. Nikmat yang tidak ternilai, hikmah dari Allah SWT.

Saya tertarik dengan satu ungkapan yang berbunyi :
“Yesterday when I felt clever, I change the world. But today when I felt wiser, I change myself.”
Ungkapan yang ringkas. Tapi cukup bermakna. Lazimnya manusia seringkali menyalahkan orang lain. Dan ada kalanya juga menyalahkan takdir atas setiap apa yang berlaku. Tidak pula terlintas di fikiran untuk bermuhasabah diri.


Allah ada berfirman,
"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan." Surah Ash Sahr.
Islam ada mengajar kita cara-cara untuk menghadapi tekanan dan dugaan agar kita sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapinya...

Berikut beberapa tips dan petua untuk jiwa dan minda anda ceria dan tenang.

1# Terapi

Apabila anda ceria, anda akan lebih positif dan minda akan berfikir lebih waras dan cergas.



2# Zikir


Selain petua, amalkanlah zikir-zikir yang mampu memberi ketenangan kepada anda. Tiada yang lebih berkuasa untuk memberikan anda ketenangan.

Dengan selalu mengingati, mensyukuri dan doa kepada Allah anda akan dapat ketenangan yang sejati.


3# Cerminan diri

Sekarang cuba perhatikan gambar di bawah :

Betapa besarnya kuasa ketenangan dan kedamaian yang mampu menukar bentuk dan rupa alam ini. Tanpa berubah bentuk tetapi menjadi cermin reflek yang mampu menukar kedudukan, rupa dan suasana imej alam. Tanpa ketenangan masakan dapat kita saksikan keindahan alam dari pandangan sudut yang berbeza. 

Begitulah kuasa dari ketenangan dan kedamaian alam, Darinya juga mengajar kita betapa perlunya hati dan jiwa yang tenang. Dengan ketenangan minda kita mampu memberi sesuatu idea dan pemikiran yang berbeza lalu menyuntik sesuatu yang luarbisa dan mengagumkan. Ia juga dapat menjana minda lebih kreatif dan berkualiti. 

Dengan ketenangan hati, kita mampu menjadi seorang insan yang positif dan bahagia bagaikan tiada apa yang mampu menghalang untuk kita mara kehadapan. Menjadikan jiwa cekal dan penuh keyakinan. 

Carilah ketenangan. Ketenangan minda untuk memberi daya pemikiran yang berdaya. Ketenangan hati untuk jiwa yang tenteram dan mendamaikan.

Minda dan hati yang tenang mampu menjadi cerminan diri anda untuk melihat segala kekurangan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. Cerminan diri ini juga dapat mencungkil segala potensi dan kekuatan untuk kejayaan dan kebahagian. 

Minda dan hati yang tenang memberi kehidupan kita penuh nikmat dan kebahagiaan.

4# Optimis

Selain dari terapi jiwa, sikap yang optimis juga amat penting dalam menjana minda dan jiwa yang tenang. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
 “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”. (Bukhari) 


and last but not least…….

5# Bersyukur 

Jangan lupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang di beri kerana ianya adalah kurniaan dariNya. Kita hanya hambaNya yang lemah lagi tidak berdaya di sisiNya.


Renung renungkan dan selamat beramal… ;)

Moga Allah redha. Moga Allah sayang selalu.

Walllahua’alam.

http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
NUR AIN BINTI AZMAN
Juruaudit 1 SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment