“Setiap manusia ingin berjaya. Namun tak semua miliki tuah.” – Standing in the Eyes of the World (Nyanyian Ella)
Mungkin ada antara kita yang rasa kekurangan dan kelemahan yang
ada pada diri kita hari ini adalah disebabkan kita tak ada tuah. Tapi
sebenarnya tak jugak. Kejayaan seseorang sebenarnya bukan bergantung kepada
tuah, jebat, lekir mahupun lekiu.
Pada hemat saya yang kerdil ini, kejayaan itu bertitik tolak
daripada apa yang kita usahakan, apa yang kita azamkan. Dari mana datangnya tuah kalau bukan daripada Sang
Pencipta yang redha dengan usaha gigih hamba-Nya. Sampai bila nak bergantung
pada nasib? Sampai syurga? Ish tu lagu Faizal Tahir.
"Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu."
Kita bukan ayam. Bukan juga tukang tilik. Jadi memang haram lah nak foresee nasib kita ni kan. Jadi, apa jalan yang terbaik untuk capai apa yang kita nak? USAHA. Orang tua-tua cakap, usaha tangga kejayaan. Kepada yang malas naik tangga, renung-renungkanlah; nak berjaya bukan mudah.
Cuma jangan terlalu rigid. Berjaya bukan setakat dapat scroll ijazah, kerja besar dan gaji besar. Kita selalu pandang sebelah mata kat orang-orang yang tak berpendidikan sedangkan ada antara mereka yang kemahiran dan kegigihannya untuk berada di atas lebih tinggi daripada kita. Siap mampu belikan anak kereta mini cooper sebagai hadiah straight A UPSR! Kita ada? Eleh. :P
Pendek kata, biarlah panjang berhenti berkata-kata. Secara kesimpulannya, tak semua miliki tuah. Tuah datang pada orang yang layak menerimanya - yang kuat, yang optimis, yang positif. Hmm... Lebih kurang macam Hang Tuah jugak. Eh.
Bersangka baik pada Tuhan, diri sendiri dan semua orang di sekitar. Semoga berjumpa di puncak tertinggi kejayaan - SORGA. :)

"I didn't failed. I've just found 10000 ways that won't work." - Thomas Edison
No comments:
Post a Comment