25 February 2015

Pin It

Widgets

Teambuilding Student Community Law Club SAF ke-9




Tarikh : 3 September 2014 ( Rabu) -5 September 2014 (Jumaat)
Lokasi : Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pengarah Program : Nurul Hanani binti Ahmad

Objektif

1. Mengukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang akan bekerjasama sepanjang sesi 2014/2015
2. Menerapkan kepentingan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menerajui tampuk kepimpinan kelab yang berkhidmat untuk komuniti.
3.  Melahirkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang terpuji serta efisien dalam menjalankan tanggungjawab.

Ringkasan program

Pada 3 September, seramai 13 ahli jawatankuasa, 4 fasilitator diiringi oleh Penasihat kami, Encik Ismail berkumpul seawal 7.00 pagi di perhentian bas Perindu. Pengarah projek kami iaitu Saudari Hanani Ahmad telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang program yang bakal kami lakukan.  Bas kami bertolak sekitar pukul 8.00 pagi dan kami telah sampai ke lokasi program dengan selamat pada pukul 1.30 tengah hari. Ketibaan kami di Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang disambut oleh Puan Rafidah, wakil dari resort tersebut. Selepas itu, kami menjamu selera dan menunaikan solat berjemaah. Tepat jam 3.00 petang, kami memulakan aktiviti pertama kami dengan menaiki bot ke Monkey Beach, Pulau Pinang. Di sana, kami melakukan sesi ice breaking yang diketuai oleh para fasilitator yang terdiri daripada  alumni Student Community Law Club. Sesi ice breaking tersebut memberi peluang kepada setiap dari kami untuk mengenali diri sesama ahli jawatankuasa dengan lebih dekat lagi. Kami pulang ke hotel pada pukul 6.00 petang dan menikmati makan malam. Pada malamnya pula, Modul 2 dan 3 dijalankan. Kedua dua modul tersebut mengajar kami tentang perspektif individu terhadap individu lain. 

Pada keesokkan harinya pula, seawal jam 7.30 pagi, kami telah bertolak ke Escape Park, Pulau Pinang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti Monkey Business, wall climbing dan lain lain lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti di Escape Park agak mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental setiap peserta, kami selaku bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui SCLC  berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan sokongan moral dari rakan-rakan yang lain. Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Setelah melakukan pelbagai aktiviti di sana, kami bergerak pulang ke hotel pada jam 2.00 petang. Seterusnya, ,Modul 4 dan Modul 5 dijalankan di mana di dalam Modul 4 para fasilitator memberi tugasan kepada kami mereka satu robot atau alat teknologi yang mampu memberi khidmat kepada manusia serta menerangkan tentang kelebihan-kelebihan robot tersebut.  Modul tersebut mengasah minda kami untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Manakala, pada Modul Ke-5 pula, kami dibahagikan mengikut unit masing-masing dan ditinggalkan di tengah pekan Batu Feringghi untuk menjalankan kerja di kedai-kedai dengan kadar upah tertentu. Tugas utama dalam tugasan tersebut ialah kami dikehendaki membawa pulang RM50 dalam masa dua jam, jika tidak kami tidak akan mampu pulang ke hotel semula. Tugasan dalam modul tersebut banyak melatih diri para peserta tentang nilai-nilai kepimpinan dalam pasukan, sikap toleransi, kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam satu pasukan dan sebagainya. Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan menjayakan   tugasantersebut walaupun ada kumpulan yang pulang lewat kerana gagal mendapatkan RM50 dalam masa yang ditetapkan. Pada malamnya pula, kami bersama para fasilitator berkongsi cerita tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui pada petang sebelumnya. Dalam masa yang sama, kami juga menimati BBQ yang disediakan. Beberapa persembahan turut dipersembahkan bagi menyerikan suasana pada malam esok. 

Keesokkan harinya, pada 5 September, kami memulakan hari dengan riadah yang diketuai oleh Izham. Selepas itu, kami bersarapan serta melakukan persiapan untuk majlis penutup. Majlis penutup dijalankan pada jam 10.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Ismail selaku Penasihat Student Community Law Club.  Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenang-kenangan. Tepat jam 11.30 pagi, kami mengemas barang untuk pulang dan bertolak pulang ke UiTM Shah Alam. Secara konklusinya, teambuilding yang dijalankan memberi pelunag kepada setiap dari kami merapatkan ukhuwah antara kami dan secara tidak langsung rasa kasih sayang dalam satu pasukan berjaya dipupuk.

Laporan disediakan oleh : Nur Firzana Izzati binti Suhaimi











No comments:

Post a Comment