Tarikh: 22 November 2014
Lokasi: KL Krash Pad, Chow Kit
Pengarah Program: Aisyah Roslan
Objektif
1.Mengadakan
pelbagai aktiviti bersama kanak - kanak di KL Krash Pad bagi menghiburkan hari mereka serta memperkukuhkan silaturahim.
2. Memberikan
semangat dan motivasi agar mereka meneruskan usaha untuk maju jaya dalam kehidupan.
3.Memberikan sumbangan dan perkongsian ilmu dalam bentuk 'legal teaching'.
Ringkasan Program.
Program Here Comes the Sun merupakan program 'Legal Teaching' bersama kanak - kanak di KL Krash Pad bersesuaian dengan tiga tunjang utama SCLC iaitu Legal Teaching, Social Entrepreneurship dan Volunteerism. Here Comes the Sun digunakan sebagai nama program ini bertepatan dengan objektif utama
program iaitu untuk memberikan perkongsian atau 'pencerahan' mengenai isu - isu berkaitan dengan undang - undang antaranya ialah isu gelandangan atau 'homelessness' dan isu - isu am mengenai undang - undang di Malaysia. Program
sehari ini bermula daripada jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang. Pihak penganjur
iaitu SCLC UiTM telah berjaya dalam misinya untuk memberikan sedikit keceriaan
kepada penghuni KL Krash Pad dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Di samping itu, pihak penganjur juga telah berjaya dalam
menitipkan sedikit kata-kata semangat kepada mereka yang mana dalam kalangan
mereka terdapat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR
dan SPM. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian sedikit sumbangan
daripada pihak SCLC UiTM kepada penghuni KL Krash Pad. Justeru, program seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap lagi kerana perkongsian ilmu terutamanya dalam isu undang - undang amatlah penting dalam kalangan masyarakat. Sebagai mahasiswa undang - undang , adalah menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi ilmu undang - undang kepada masyarakat supaya masyarakat peka tentang hak mereka yang telah termaktub dalam undang - undang negara.
No comments:
Post a Comment