Tarikh: 22 Oktober 2014
Lokasi: Rumah Anak-Anak Yatim Darul
Izzah, Bangi, Selangor.
Pengarah Program: Humairah binti Mohd
Farudz
Objektif
1.Mengadakan
pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim Darul Izzah bagi memberikan sedikit
keceriaan dan keseronokan kepada mereka.
2. Memberikan
semangat dan motivasi kepada anak-anak yatim Darul Izzah agar mereka dapat
menggapai kejayaan sehingga ke menara gading.
3. Menyampaikan
sedikit sumbangan kepada pihak rumah anak-anak yatim Darul Izzah bagi
meringankan beban mereka.
Ringkasan Program
Program
Little Smiles merupakan program
sehari bersama anak-anak yatim Darul Izzah. Little
Smiles yang bermaksud senyuman kecil
telah digunakan sebagai nama program ini bertepatan dengan objektif utama
program iaitu untuk melakarkan sedikit senyuman di wajah anak-anak yatim Darul
Izzah di mana kita semua sedia maklum bahawa anak yatim merupakan golongan yang
telah kehilangan ibu atau ayah pada usia minoriti. Program
sehari ini bermula daripada jam 10 pagi sehingga jam 5 petang. Pihak penganjur
iaitu SCLC UiTM telah berjaya dalam misinya untuk memberikan sedikit keceriaan
kepada penghuni Darul Izzah dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk
aktiviti sukaneka. Di samping itu, pihak penganjur juga telah berjaya dalam
menitipkan sedikit kata-kata semangat kepada mereka yang mana dalam kalangan
mereka terdapat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti PMR
dan SPM. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian sedikit sumbangan
daripada pihak SCLC UiTM kepada penghuni Darul Izzah. Justeru,
program seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap lagi agar para
mahasiswa dan mahasiswi lebih peka terhadap nasib yang menimpa golongan
anak-anak yatim seterusnya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka
dengan memberikan sedikit bantuan dari segi kewangan, kebendaan dan juga
kata-kata semangat.
Laporan disediakan oleh : Nazreen Zabarudin
No comments:
Post a Comment