Tarikh : 6 September 2014
(Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar 2,
Cempaka 1, Fakulti Undang-Undang
Pengarah
Program : Nik Nuraisya Binti Nik
Badrul Azahar
Objektif
1. Memberi pengetahuan
dan kefahaman yang mendalam mengenai kaedah pengurusan organisasi
kelab dan tugasan ahli-ahli jawatankuasa
kelab
2. Memperkasakan system pentadbiran dan pengurusan kelab.
3. Menerapkan
kepentingan bekerjasama dalam satu
pasukan bagi menerajui
tampuk kepimpinan
kelab yang berkhidmat untuk komuniti
Ringkasan
Program
Bagi menjayakan sesuatu program, perancangan
dan kajian yang teliti haruslah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran
program-program tersebut. Lantaran itu barisan exco SCLC 2014/2015 telah mengadakan
kursus pengurusan organisasi (KPO) dimana barisan exco yang baru dilantik
didedahkan dengan asas-asas dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan
sesebuah program. Melalui KPO, setiap exco membentangkan cadangan
program atau projek kepada barisan Penasihat Persatuan SCLC yang terdiri
daripada pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM dan Majlis Tertinggi SCLC untuk
dipertimbangkan mengikut kesesuaian program tersebut dengan matlamat SCLC. Selain itu, program ini merupakan gabungan dua buah program yang dianjurkan bagi memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan organisasi kelab kepada ahli baru dan lama serta mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli jawatankuasa Student Community Law Club (SCLC) sesi 2014/2015. Selain KPO, program berbentuk teambuilding turut diadakan bagi menjalin persefahaman dan ukhuwah antara para ahli kelab SCLC. Pemahaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai tugasan ahli di dalam kelab serta pembentukan jalinan kerjasama yang erat di antara ahli jawatankuasa amat penting bagi melahirkan pemimpin yang telus dan ikhlas dalam bekerja selain menjadi medan berkenalan dan lebih memahami sesama ahli yang baru dilantik bagi sesi 2014/2015.
Laporan disediakan oleh : Aisyah Roslan
Laporan disediakan oleh : Aisyah Roslan
No comments:
Post a Comment