Tarikh : 3 September 2014 ( Rabu) -5
September 2014 (Jumaat)
Lokasi : Hotel & Resort Sportsfishing
PNK, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pengarah Program : Nurul Hanani binti Ahmad
Objektif
1. Mengukuhkan hubungan
persaudaraan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang akan bekerjasama sepanjang
sesi 2014/2015
2. Menerapkan kepentingan
bekerjasama dalam satu pasukan bagi menerajui tampuk kepimpinan kelab yang
berkhidmat untuk komuniti.
3. Melahirkan pemimpin yang
mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang terpuji serta efisien dalam menjalankan
tanggungjawab.
Ringkasan program
Pada 3 September, seramai 13 ahli jawatankuasa, 4 fasilitator diiringi
oleh Penasihat kami, Encik Ismail berkumpul seawal 7.00 pagi di perhentian bas
Perindu. Pengarah projek kami iaitu Saudari Hanani Ahmad telah memberi sedikit
taklimat ringkas tentang program yang bakal kami lakukan. Bas kami bertolak sekitar pukul 8.00 pagi dan
kami telah sampai ke lokasi program dengan selamat pada pukul 1.30 tengah hari.
Ketibaan kami di Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang disambut
oleh Puan Rafidah, wakil dari resort tersebut. Selepas itu, kami menjamu selera
dan menunaikan solat berjemaah. Tepat jam 3.00 petang, kami memulakan aktiviti
pertama kami dengan menaiki bot ke Monkey Beach, Pulau Pinang. Di sana, kami
melakukan sesi ice breaking yang diketuai oleh para fasilitator yang terdiri
daripada alumni Student Community Law
Club. Sesi ice breaking tersebut memberi peluang kepada setiap dari kami untuk
mengenali diri sesama ahli jawatankuasa dengan lebih dekat lagi. Kami pulang ke
hotel pada pukul 6.00 petang dan menikmati makan malam. Pada malamnya pula, Modul
2 dan 3 dijalankan. Kedua dua modul tersebut mengajar kami tentang perspektif
individu terhadap individu lain.
Pada keesokkan harinya pula, seawal jam 7.30
pagi, kami telah bertolak ke Escape Park, Pulau Pinang untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti lasak seperti Monkey Business, wall climbing dan lain lain
lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti di Escape Park agak mencabar dan menguji
kekuatan fizikal dan mental setiap peserta, kami selaku bakal-bakal pemimpin yang
akan menerajui SCLC berjaya mengharungi
cabaran tersebut dengan sokongan moral dari rakan-rakan yang lain. Aktiviti
yang dijalankan sedikit sebanyak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.
Setelah melakukan pelbagai aktiviti di sana, kami bergerak pulang ke hotel pada
jam 2.00 petang. Seterusnya, ,Modul 4 dan Modul 5 dijalankan di mana di dalam Modul
4 para fasilitator memberi tugasan kepada kami mereka satu robot atau alat
teknologi yang mampu memberi khidmat kepada manusia serta menerangkan tentang
kelebihan-kelebihan robot tersebut.
Modul tersebut mengasah minda kami untuk berfikir secara kreatif dan
kritis. Manakala, pada Modul Ke-5 pula, kami dibahagikan mengikut unit
masing-masing dan ditinggalkan di tengah pekan Batu Feringghi untuk menjalankan
kerja di kedai-kedai dengan kadar upah tertentu. Tugas utama dalam tugasan
tersebut ialah kami dikehendaki membawa pulang RM50 dalam masa dua jam, jika
tidak kami tidak akan mampu pulang ke hotel semula. Tugasan dalam modul
tersebut banyak melatih diri para peserta tentang nilai-nilai kepimpinan dalam
pasukan, sikap toleransi, kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam satu pasukan
dan sebagainya. Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan menjayakan tugasantersebut walaupun ada kumpulan yang
pulang lewat kerana gagal mendapatkan RM50 dalam masa yang ditetapkan. Pada
malamnya pula, kami bersama para fasilitator berkongsi cerita tentang
pengalaman dan cabaran yang dilalui pada petang sebelumnya. Dalam masa yang
sama, kami juga menimati BBQ yang disediakan. Beberapa persembahan turut
dipersembahkan bagi menyerikan suasana pada malam esok.
Keesokkan harinya, pada
5 September, kami memulakan hari dengan riadah yang diketuai oleh Izham.
Selepas itu, kami bersarapan serta melakukan persiapan untuk majlis penutup.
Majlis penutup dijalankan pada jam 10.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Ismail
selaku Penasihat Student Community Law Club.
Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenang-kenangan. Tepat jam 11.30
pagi, kami mengemas barang untuk pulang dan bertolak pulang ke UiTM Shah Alam.
Secara konklusinya, teambuilding yang dijalankan memberi pelunag kepada setiap
dari kami merapatkan ukhuwah antara kami dan secara tidak langsung rasa kasih
sayang dalam satu pasukan berjaya dipupuk.
Laporan disediakan oleh : Nur Firzana Izzati binti Suhaimi