“The world is a book
and those who do not travelread only one page”-St. Augustine
Assalammualaikum
& salam sejahtera.
Sekarang ni tengah panas trend anak-anak muda macam kita ni suka
travel atau lebih dikenali dengan perkataan ‘backpacking’ tak kiralah dalam negara
ataupun luar. Kebanyakannya memang luar negaralah jadi tumpuan. Mungkin dulu
orang-orang berada je yang boleh travel jauh-jauh ni. Orang-orang yang dah
bekerjaya, yang dah ada duit sendiri. Sekarang ni nampak gayanya student lagi panjang
langkah dari orang-orang yang dah bekerjaya ni.
Mengikut pengalaman sendiri, dulu sebelum tahu pasal travel rasa
macam impossible je ni nak backpack ke mana-mana even dalam negara. Dengan
status pelajarnya, mak ayah pun bukan orang senang dan tak ada langsung
pengalaman backpacking. Memang otak dah block habis ‘Impossible! Impossible!’.
Tetapi bak kata orang tua, belum cuba belum tahu. Selalu terapkan dalam diri
‘First step is always the hardest but it’s the only way to reach the second
step & so on’. Jadi, nak atau tak, kita mesti cuba. Lepas dah lepas langkah
pertama tu confirm gian dah nak backpack ni. Ada je tempat nak pergi.
Tips dia mudah je. Cari kawan-kawan yang sama minat dengan kita
terutamanya untuk perempuan sebab mak ayah selalu susah nak lepaskan anak-anak
perempuan ni. Jadi, carilah kawan seramai yang mungkin untuk dibuat teman.
Sebenarnya ini salah satu cara juga nak pujuk mak ayah untuk lepaskan kita. Bila
dah jumpa geng, bincang sama-sama destinasi mana nak dituju. Rata-rata backpacker
ni selalunya sukakan aktiviti lasak. Kalau dalam Malaysia, selalunya
pulau-pulau, tempat-tempat bersejarah, water sport menjadi destinasi panas.
Apa kata cabar diri untuk keluar dari comfort zone dan cuba belajar
benda baru. Tak syoklah kan pergi tempat-tempat tipikal yang orang lain boleh
pergi senang-senang je. So cuba aim negara-negara yang berjiran dengan
Malaysia. Senarai pendekkan mana-mana negara yang diminati, tengok bahagian
mana dalam negara tu yang kita nak pergi dan kaji apa kelebihan negara
tersebut. Zaman dah maju. Sekarang semua boleh google. Banyak tips boleh kita
dapat daripada backpackers tegar ni. Cakap saja nak pergi negara mana. Daripada
pembacaan blog-blog backpackers inilah yang selalunya memberikan kita inspirasi
dan semangat untuk keluar melihat bumi Allah yang luas ni.
Kemudian, benda yang paling semangat adalah… membeli tiket kapal
terbang! Ini adalah perkara yang paling mustahak sekali. Selalunya bila dah
beli tiket kapal terbang, insyaAllah urusan seterusnya akan berjalan lancar.
Kalau asyik tunda je beli tiket, tinggi keberangkalian trip yang dirancang tu
berkubur tinggal angan-angan je. Sebabnya bila dah beli tiket, kita dah
korbankan kalau tak banyak pun sedikit duit kita jadi tak boleh nak suka-suka
hati batalkan trip tu sebab nanti membazir dan tak boleh nak tukar atas nama
orang lain.
Banyakkan membaca tentang negara yang nak dituju tu. Kalau ada duit
lebih boleh gunakan khidmat pemandu pelancong tapi pengalaman yang akan kita
dapat nanti tak seseronok kalau kita bergerak sendiri tanpa gunakan khidmat
pemandu pelancong. Jangan takut untuk bergerak sendiri tapi pastikan
keselamatan diutamakan. Yakin kepada diri dan kawan-kawan. Sebab itu kita
disarankan untuk banyak membaca dan bertanya. Buat kajian sedalam yang boleh. Sediakan
bajet secukupnya. Jangan terkejut jika trip kita ke luar negara kadangkala jauh
lagi murah daripada kita backpack dalam negara sendiri. Di twitter kita ada
@twt_backpacker dan di facebook ada group Backpackers Buddies Malaysia(BBM)
juga di blog-blog backpacker yang aktif 24 jam sehari berkongsi dan berbincang
tentang backpack setiap hari.
Sesuai dengan nama backpack ni, kita tak boleh nak berangan trip
yang mewah-mewah melainkan kalau berkemampuan. Selalunya backpacking ini adalah
trip yang paling bajet antara yang terbajet. Haha! Lagi-lagi untuk para pelajar
yang belum mempunyai pendapatan stabil setiap bulan seperti orang yang dah
bekerjaya. Jadi, bersiap siagalah untuk menggunakan tenaga dengan berjalan kaki
selalu, menggunakan perkhidmatan awam, makan makanan di tepi-tepi jalan, tidur
di hostel yang murah, berkomunikasi seperti 'itik dan ayam' dengan rakyat
tempatan. Dengan cara inilah kita akan timba pengalaman yang banyak tentang
negara tersebut. Banyak benda baru yang akan kita belajar jika nak dibandingkan
dengan mengunakan perkhidmatan pemandu pelancong di mana kita hanya mengikut
sahaja tentatif yang diberikan tanpa belajar banyak.
Tak ternilai pengalaman yang dikutip semasa backpacking terutama
bila dengan kawan-kawan yang sekepala. Dalam masa yang sama kita boleh menambah
kenalan dari setiap pelusuk dunia kerana kebanyakan negara luar memang
mempraktiskan rakyat mereka untuk keluar mengembara di usia muda lagi. Sementara
masih muda ni jomlah kita mengembara. Buangkan perkatataan impossible dalam
otak dan perasaan takut dalam diri. Mulakan dengan yang dekat dulu. Nanti dah
gian, diam tak diam dah kemana mana tah kita sampai. Tak cuba maka tak tahu :)
“Please be a traveller, not a tourist. Try new things, meet new people and look beyond what’s right in front of you. Those are the keys to understanding this amazing world we live in”
-Andrew Zimmern
Post ini ditulis oleh:
SITI AISHAH BINTI MOHD PATTALI
Exco Pengantarabangsaan SCLC Sesi 2013/2014
No comments:
Post a Comment